Dengan keluasan sekitar 500 juta ekar yang merentasi enam negara .Congo Basin, bagaikan sebuah rumah bagi sejumlah besar binatang yang hidup di kawasan itu adalah spesies terancam, termasuk gajah, cimpanzi dan gorila.

Dengan kewujudan haiwan ini lebih-lebih lagi haiwan yang menakjubkan membuatkan pemburu haram menjadi ancaman kepada binatang-binatang tersebut yang bergiat secara berleluasa tanpa penamatnya.

Dan disebabkan hal ini, sebuah organisasi yang menjalankan tanggungjawab murni seperti Pusat Rehabilitasi Primates di Lwiro masuk campur akan kegiatan ini. Kumpulan penyelamat telah membuat sebuah kumpulan bersekutu dengan Taman Negara Virunga yang terletak di bahagian timur laut negara itu.

Objektif mereka adalah untuk menyelamatkan cimpanzi daripada dibunuh ataupun ditangkap oleh pemburu haram dan memindahkan cimpanzi tersebut ke kawasan yang selamat.

Sumber: instagram

Mussa, adalah seekor cimpanzi yatim piatu juga merupakan cimpanzi ketiga yang berjaya diselamatkan daripada ancaman pemburu haram pada tahun ini.

Laporan daripada hasil kerjasama antara mereka telah menambat jutaan hati orang selepas mereka menyiarkan rakaman yang menakjubkan.

Semasa penerbangan yang dijalankan pada minggu ini sahaja mereka telah membuat rakaman yang meliputi sudut pandangan melalui kapal terbang yang indah dengan panorama. Mereka turut merakam melalui sudut pandangan Birds-eye view.

Sumber: facebook

Mussa ditempatkan ke atas pangkuan seorang juruterbang, Anthony Caere adalah juruterbang anti-pemburuan haram Virunga. Mussa memandang ke luar tingkap sebelum berlepas untuk melihat buat kali terakhir bahawa ia akan ditempatkan semula daripada zon bahaya.

Berdasarkan raut wajah Anthony dan cara ia mengkemudi kapal terbang tersebut secara teliti dan hemat jelas kelihatan bahawa dia amat menyukai dengan apa yang dia lakukan sekarang.

Sumber: facebook

Ada ketikanya juga juga chimpanzi itu mempunyai perasaan ingin tahu ia cuba menyentuh pelaras kapal tersebut, namun Anthony kurang bertindak balas dengan memahami bahawa Mussa cuba menyesuaikan pandangan pada persekitaran barunya.

Sumber: facebook

Semasa penerbangan, Anthony juga sempat membersihkan  dan memberus belakang Mussa. Dengan membenarkan Anthony berbuat demikian, ini menunjukkan Mussa telah meletakkan kepercayaannya terhadap Anthony.

Mereka menerbangkan Mussa ke kediaman barunya terletak d Lwiro Primates. Dia nampak comel sekali namun, ia seharusnya berada di pangkuan ibunya ketika ini. Tetapi apa yang lebih menggembirakannya adalah mereka berjaya menempatkannya ke kediaman baru.

Sumber: facebook

Mereka amat gembira sekali kerana berjaya meyelamatkannya tepat pada waktunya sebelum ia dijadikan mangsa pemburu haram.

Lihat rakaman video Mussa di bawah yang menakjubkan ketika menaiki kapal terbang di mana saat kebebasannya bercampur aduk dengan emosi.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds