Phuong adalah bekas wartawan dari Vietnam yang pernah mengharungi pelbagai liku kehidupan. Salah satu detik yang paling mengubah hidupnya adalah apabila Phuong berjaya sembuh daripada sejenis penyakit yang tiada penawarnya! Peristiwa yang dilaluinya ini membuatkan Phuong benar-benar percaya bahawa keajaiban itu boleh berlaku.

Beberapa tahun yang lalu, Phuong disahkan menghidap tuberculosis, sejenis penyakit yang lebih dikenali sebagai batuk kering atau tibi.

Kredit foto: activebeat

Tuberculosis (TB) adalah sejenis penyakit berulang dan bakteria yang mengakibatkan TB ini boleh membentuk halangan terhadap ubat antibakteria yang digunakan bagi menyembuhkan TB. Disebabkan itu, setiap kali pesakit TB menjalankan temujanji dengan doktor, pesakit akan diberikan ubat dengan kandungan dos yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Kredit foto: DKN.tv

Dalam kes Phuong, dia terpaksa menelan antara lima hingga lapan jenis antibiotik dan 30 biji pil setiap hari! Pengambilan ubat yang terlalu banyak secara harian akhirnya mendatangkan impak negatif pada tahap kesihatan Phuong.

“Saya sentiasa berasa mabuk dan pendengaran saya juga terjejas sehingga memaksa saya untuk menggunakan alat bantuan pendengaran. Fungsi buah pinggang dan hati saya juga semakin lemah”.

Kredit foto: DKN.tv

Tambah Phuong lagi, “Saya mengalami resdung yang teruk, tekanan darah menjadi rendah, kesakitan yang kronik, keletihan melampau dan GERD (gastroesophageal reflux disease, penyakit yang menyebabkan mual, muntah dan dada terasa seperti terbakar)”.

Selain mengikuti perubatan moden, Phuong turut dibawa ibu bapanya untuk menjalani rawatan tradisional dengan berjumpa dukun atau bomoh. Walaupun telah bermacam cara yang diikhtiarkan, kesihatan Phuong tetap tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang positif.

Kredit foto: Daily Sabah

Lama-kelamaan, penglihatannya menjadi kabur dan bermasalah sehinggakan dia mengalami kesukaran untuk menjalankan rutin harian termasuklah ketika bekerja. Dugaan demi dugaan penyakit yang dilaluinya menyebabkan Phuong hampir pasrah untuk meneruskan kehidupan dan mahu membunuh diri.

Namun begitu, apabila rakan sekerjanya memperkenalkan Phuong kepada amalan Falun Dafa, sinar harapan kembali menyinari hidupnya.

Kredit foto: kclsu

Falun Dafa yang juga dikenali sebagai Falun Gong merupakan amalan sistem meditasi  untuk memperbaiki diri. Dia bersama ibunya akan mengikuti lima senaman Falun Dafa dan sejak itu, dia merasakan tahap kesihatannya semakin memulih.

Penyakit tibinya tidak lagi menyerang malah Phuong juga tidak lagi memerlukan alat bantuan pendengaran.

Kredit foto: DKN.tv

Phuong juga membaca buku Zhuan Falun yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu Sejati, Baik dan Sabar. Namun memandangkan dia mengalami masalah penglihatan yang kronik, dia sering meminta bantuan daripada bapa atau rakannya untuk membacakan buku tersebut.

Ternyata, Phuong amat terkesan dengan isi kandungan buku berkenaan yang mengajarnya untuk memahami akar kepada segala kesengsaraan yang dilaluinya.

Kredit foto: DKN.tv

“Saya tidak pernah mengamalkan Sejati, Baik serta Sabar. Buku Zhuan Falun adalah permulaan kepada sinar baharu dalam hidup saya”.

Pada suatu hari, sewaktu Phuong sedang mencari buku lama di rak simpanan buku, Phuong menyedari dia sudah mula boleh membaca isi kandungan buku berkenaan walaupun tulisannya bersaiz kecil!

Sejak peristiwa ajaib itu, Phuong amat terharu kerana dugaan dan keperitan yang dilalui akhirnya memberikan sebuah erti kehidupan yang sebenar. Dia langsung tidak menyangka amalan berkenaan berjaya mengubah kehidupannya daripada kelam dan gelap kepada pengakhiran yang membahagiakan.

Sumber: NTDIN

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds