Ramai orang berfikir bahawa kita hanya perlu menjaga adab dan beretika ketika berhadapan dengan mereka yang berpangkat atau mereka yang datang dari kerabat diraja sahaja. Namun hakikatnya tidak begitu, menurut buku tulisan Moira Redmond yang bertajuk Etiquette Today, beliau ada memberitahu bahawa apabila kita bertemu dengan orang baru, kita secara automatik akan mengarahkan perhatian kita kepada perlakukan atau tingkah laku seseorang.

Agak-agaknya apa perbuatan atau tingkah laku yang biasanya menarik perhatian seseorang yang baru dikenali?

10. Jadi pendengar yang baik.

Keupayaan untuk mendengar perbualan adalah sama pentingnya dengan komunikasi. Jadi jangan mengalihkan perhatian kepada telefon bimbit anda atau perkara lain. Cuba tumpukan perhatian pada perbualan walaupun anda tidak berminat dengan topik tersebut. Walau bagaimanapun, jika topik perbualan membosankan anda, cuba mengubahnya dengan sopan.

9. Jangan terlalu terbuka dengan orang yang anda tidak kenal.

Sesetengah topik perbualan adalah lebih baik untuk dibincangkan dalam kalangan rakan-rakan rapat anda sahaja. Sekiranya anda memberitahu tentang penyakit, masalah kewangan atau masalah peribadi kepada mereka yang kurang anda kenal, mereka mungkin tidak akan suka atau berminat akan topik tersebut.

Adalah lebih baik jika anda mencari topik yang sesuai dibualkan dengan mereka yang kurang anda kenal seperti topik mengenai cuaca, filem atau sukan.

8. Guna minyak wangi yang betul.

Ramai orang memakai terlalu banyak minyak wangi kerana mereka berfikir bahawa jika tidak, orang di sekeliling tidak akan dapat mencium aroma minyak wangi yang dipakai. Mengikut peraturan etika, ini adalah sebuah kesalahan kerana beberapa titisan minyak wangi kegemaran anda sebenarnya sudah cukup.

7. Jangan terlalu tunjukkan perasaan anda ketika di khalayak ramai.

Buat mereka yang dilamun cinta pastinya agak sukar untuk menyembunyikan perasan mereka walaupun etika berada di tempat awam. Namun, anda haruslah mengawal perasan itu terutama di khalayak ramai kerana dengan melakukan ini, anda menunjukkan penghormatan bukan sahaja kepada orang lain, tetapi juga untuk pasangan anda.

6.Jangan letakkan beg anda di atas meja.

Jika anda pergi ke restoran, ingatlah bahawa anda hanya perlu meletakkan beg kecil di atas meja. Beg tangan yag besar perlu diletakkan di atas lantai atau digantung di belakang kerusi. Elakkan meletakkan beg anda pada pangkuan anda atau di kerusi yang lain.

5. Jangan mengeluarkan bunyi ketika minum minuman anda.

Minum dengan kuat (terutama dengan menggunakan penyedut minman) akan mengganggu orang lain yang sedang menikmati makanan mereka dan perbuatan ini adalah sangat tidak baik. Bayangkan jika anda terpaksa berkongsi meja dengan mereka yang minum dengan cara begini, pasti anda juga akan terganggu!

4. Jaga jarak dengan mereka yang berlainan jantina.

Apabila anda terserempak dengan kawan yang anda kenali di tegah jalan sapa mereka dengan sopan. Jangan terus melompat ke arahnya atau meraih tangannya secara tiba-tiba terutama jika mereka sedang bersama seseorang. Beri peluang untuk kawan anda memperkenalkan pasangannya kepada anda.

3. Bersikap sopan kepada semua orang.

Anda harus bersikap sopan kepada semua orang tanpa mengira usia atau kedudukan mereka. Jika anda ingin memanggul pelayan restoran anda hanya perlu mengangguk, senyum atau mengangkat tangan anda.

2. Jika anda seorang lelaki anda harus mendahului pasangan anda. 

Jika anda perlu pergi ke tempat duduk anda tetapi sebahagian daripada baris telah diduki orang lain, jangan membelakangi orang lain dengan punggung anda. Tambahan lagi, jika anda datang dengan pasangan anda, pastikan anda mendahului teman wanita untuk mencari tempat duduk.

1. Pegang gelas minuman anda dengan betul. 

Pastikan anda gunakan tangan kiri anda untuk memegang gelas supaya tangan kanan anda bebas untuk berjabat tangan. Jika mahu makan pula, ambil makanan ringan yang mudah dikunyah dan dimakan.

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds