KUALA LUMPUR – Fasa kedua dan ketiga pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan pada bulan Jun dan Ogos, tahun ini. Buat mereka yang gagal menerima BR1M ketika pengagihan fasa pertama bolehlah membuat permohonan semula.

says.com

Seperti yang kita sedia maklum, pengagihan bantuan kewangan tersebut dilakukan secara berperingkat kepada individu yang layak menerimanya pada bulan Februari yang lalu. Justeru, kepada mereka yang tidak berjaya, pihak kerajaan telah membuka permohonan kepada mereka yang ingin menerima bantuan berkenaan.

Menurut laporan Berita Harian, rayuan permohonan untuk menerima BR1M akan dibuka pada bulan hadapan.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Menteri Kewangan II berkata, mereka yang gagal boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tindakan seterusnya untuk membolehkan LHDN memproses rayuan tersebut, katanya kepada media sempena Hari Hasil 2018 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) beberapa hari yang lalu.

Berita Harian

Untuk tahun ini sahaja, pihak kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM6.3 bilion khas untuk pengagihan kepada kira-kira tujuh juta penerima BR1M di seluruh negara.

Ia dilakukan mengikut kelayakan setiap individu dan pendapatan isi rumah. Bagi pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 ke bawah, layak menerima RM1,200.

Kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula, layak menerima bantuan RM900. Dan individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, layak menerima RM450.

melvister.com

Harus diingatkan bahawa permohonan rayuan ini tidak boleh dilakukan menerusi atas talian. Ia perlu dikemukakan secara manual dengan melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang rayuan berkenaan.

Pemohon juga perlu menyertakan beberapa salinan dokumen (penyata gaji, salinan kad pengenalan diri dan pasangan serta tanggungan terkini). Sertakan sekali pembuktian salinan dokumen diperlukan mengikut kod alasan tidak lulus seperti mana yang diberitahu dalam bahagian lampiran borang rayuan.

Berita Semasa

Ingat! Ia bermula 2 April 2018 hingga 31 Mei 2018 sama ada di Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds