Ramai pakar meramalkan bahawa peningkatan populasi global yang sedang berlaku kini membuatkan manusia bakal menghadapi krisis bekalan makanan. Hal ini kerana ruang semakin sempit, jumlah manusia semakin bertambah membuatkan haiwan mungkin tidak mempunyai ruang yang cukup untuk membiak dan tanaman pula tidak dapat dikerjakan kerana masalah kekurangan tanah. Jadi, tidak mustahil jika suatu hari nanti muncul makanan baru iaitu serangga. Bunyinya mungkin pelik tapi itulah yang mungkin akan berlaku!

Buat yang tidak tahu serangga sebenarnya mengandungi banyak protein haiwan dan kaya dengan nutrisi. Jadi, boleh anda bayangkan jika suatu hari nanti trend memakan serangga akan popular di dunia?

Sebenarnya memakan serangga sudah menjadi trend di Wilayah Anhui, China. Semasa musim panas, ramai orang dilihat menangkap ‘cicada’ atau lebih dikenali sebagai riang-riang kerana ia adalah makanan istimewa bermusim yang hanya boleh didapati sepanjang musim panas. Walaupun riang-riang hanya serangga tetapi harganya agak mahal.

Penduduk tempatan akan melekatkan lapisan pita sepanjang satu meter pada pokok poplar. Pada waktu malam, larva cicada akan memanjat pokok. Pita itu diletakkan dengan tujuan untuk menghalang larva daripada terus memanjat pokok.

Satu pinggan besar larva cicada boleh mencecah harga yang tinggi.

3kg hingga 5 kg larva cicada boleh ditangkap dalam satu malam. Satu kilogram larva cicada boleh mencecah sehingga 63 Yuan (RM38.83) apabila dijual kepada penjual jalanan dan restoran. ‘Pemburu’ larva cicada dikatakan boleh meraih pendapatan sekitar 11000 Yuan (RM6,780.15) sepanjang musim panas.

Penjual di jalan- jalan raya biasanya akan mencuci dan membersihkan larva cicada terlebih dahulu sebelum mereka menggoreng dan menjualnya kepada pelanggan.

Larva cicada juga dikatakan kaya dengan protein dan nutrisi yang boleh memberi banyak manfaat kesihatan kepada mereka yang memakannya. Semakin lama permintaan terhadap serangga ini semakin tinggi membuatkan harganya juga semakin mahal. Cicada yang ‘segar’ biasanya mudah didapati dan dijual pada waktu malam.

Cicada atau riang-riang bukan hanya banyak dimakan di wilayah Anhui China, malah banyak negara di Asia Timur dan Asia Tenggara yang makan serangga seperti belalang, cengkerik dan sebagainya. Memandangkan pembiakan serangga masih tidak popular jadi mereka yang mahukan serangga biasanya akan mencarinya di hutan-hutan dan lazimnya serangga tersebut akan digoreng sebelum dimakan.

Sumber: COCO01

Era Baru

Share
Kategori: Aneh Ekonomi Kebudayaan

Video Popular

Ad will display in 10 seconds