INSPIRASI, Ria, VIDEO

Kumpulan penguin begitu terpesona dengan persembahan Yo-yo. Lihat riak wajah mereka memerhati putaran itu

Kumpulan penguin begitu terpesona dengan persembahan Yo-yo. Lihat riak wajah mereka memerhati putaran itu

Persembahan Yo-yo daripada tangan pemain profesional pasti akan memukau atau mempesonakan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Dan ia juga tidak terkecuali daripada pandangan haiwan.

Haiwan di zoo atau taman akuamarin terutamanya penguin pasti tidak dapat menahan diri daripada menjadi begitu terpesona dengan persembahan yo-yo terbaik.

Kredit : Twitter/ ninayukisan

Seorang pemain yo-yo profesional telah melawat Taman Akuamarin Awashima di Jepun untuk membuat persembahan bagi menghiburkan haiwan-haiwan marin yang terdapat di sana.

Satu video aksi kumpulan penguin ini melihat permainan yo-yo telah dirakam dan dihantar oleh pengguna Twitter bernama @ninayukisan yang meletak tajuk “Penguin dan Yo-yo tidak dapat dipisahkan.”

Dan hampir kesemua penguin telah menumpukan perhatian kepada pusingan dan pergerakan yo-yo yang mempesonakan itu. Kecuali seekor burung penguin stres dengan mood buruk di belakang itu.

Kredit : Twitter/ ninayukisan

Kumpulan penguin ini terus memerhatikan pergerakan dan putaran yo-yo dengan penuh rasa takjub sambil kepala mereka juga turut berpusing bersama pergerakan yo-yo itu.

Apabila pemain yo-yo ini bergerak dan berjalan sambil bermain yo-yo ke hadapan untuk beredar ke tempat lain, penguin-penguin yang terpesona ini mengikutinya sambil mengharapkan persembahan itu tidak berakhir.

Kredit : Twitter/ ninayukisan

Mungkin ia berkata, “Tunggu! Datanglah ke sini, mainlah lagi!”

Lihat video comel dan lucu kumpulan burung penguin terpesona dengan persembahan permainan yo-yo di bawah.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...