KUALA LUMPUR – Pengamal Falun Gong telah menganjurkan perarakan tempatan di Sungai Pelek, Tanjung Sepat, Seri kembangan dan Jinjang Utara. Perarakan yang diadakan di sekitar kediaman ini sangat meriah.

Pada hari ke-sembilan da ke-sepuluh Tahun Baru Cina (24 dan 25 Februari 2018), mengadakan empat perarakan sempena Tahun Baru secara berturut-turut di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Perarakan itu diikuti dengan ucapan Selamat Tahun Baru dan berkat gembira kepada penduduk setempat.

Acara ini dialu-alukan oleh rakyat berbilang kaum di negara Malaysia, penduduk tempatan terkejut dengan acara perarakan oleh pengamal Falun Gong. Ini telah menyentuh hati mereka dan berharap perarakan Falun Gong ini akan diadakan lagi.

Orang ramai mengalu-alukan kedatangan Falun Gong sambil memberi isyarat tanda bagus

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 1 – 3: Pada hari kesembilan Tahun Baru Cina (24 Februari 2018), pengamal Falun Gong Malaysia tiba ke Sungai Pelek di Selangor dan mengadakan perarakan Tahun Baru Cina pertama mereka dengan harapan penduduk setempat akan gembira sempena sambutan Tahun Baru Cina. Perarakan itu dialu-alukan oleh penduduk setempat yang berbilang kaum.

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 4 – 7: 24 Februari 2018, pengamal Falun Gong Malaysia tiba di Tanjung Sepat,  Selangor dan mengadakan perarakan Tahun Baru Cina kedua. Perarakan itu disambut meriah oleh masyarakat berbilang kaum.

Pada hari kesembilan Tahun Baru Cina (24 Februari), pengamal Falun Gong tiba ke hujung selatan Selangor untuk berarak merentasi perbandaran Sungai Pelek dan Tanjung Sepat untuk memberi khabar sambutan Tahun Baru Cina.

Pasukan Pancaragam Tianguo memberi persembahan yang mengagumkan, diikuti persembahan dram tradisional, pasukan peri-peri yang menawan, pasukan membawa bendera dan pasukan memegang tanglung ini memberikan penduduk setempat gambaran yang mendalam maksud perarakan ini.

Seluruh pasukan ini bersatu mempamerkan budaya Cina yang sangat tradisional dan membina suasana perayaan Tahun Baru Cina yang meriah kepada penduduk setempat.

Bukan sahaja perarakan yang dianjurkan oleh pengamal Falun Gong ini disukai oleh penduduk Cina, penduduk tempatan dari pelbagai kaum dan bangsa juga menyukai perarakan ini. Rata-rata penduduk setempat memberi isyarat tanda bagus sebagai tanda perasaan mereka terhadap perarakan ini.

Gambar 8

Encik Subramaniam dari Sungai Pelek menunggang motosikalnya mengikuti sepanjang perarakan Falun Gong. Dia memberi isyarat tanda bagus dan gembira sambil menyatakan: “Sangat baik! Sangat baik! Ini kali pertama saya menonton perarakan seperti ini!”

Cik Huang yang kini menetap di Sweden telah menerima khabar dari pengamal Falun Gong tempatan di Sweden. Dia telah kembali ke Sungai Pelek untuk melawat saudara-maranya selama dua hari sebelum kembali ke Sweden. Dia mengatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa dia akan menemui pengamal Falun Gong tempatan. Beliau juga merasakan bahawa sangat bagus bagi pengamal Falun Gong Malaysia kerana menganjurkan perarakan ini pada Tahun Baru Cina.

Gambar 9: Penduduk tempatan di Sungai Pelek, Puan Lin Ai Fen dan dua orang anak perempuannya.

Puan Lin Ai Fen adalah penduduk tempatan dari Sungai Pelek yang kini tinggal di Shah Alam. Dia kembali ke rumah kediamannya untuk perayaan Tahun Baru Cina dan terserempak dengan perarakan Falun Gong. Pertama kali menonton perarakan ini, dia merasakan bahawa ia adalah sangat bagus dan meriah.

Puan Lin Ai Fen juga aktif dalam sukan dan mengatakan bahawa amalan Falun Gong adalah sangat baik kerana ia menjadikan seseorang itu sihat secara fizikal dan mental. Jika ada peluang, dia juga akan mengamalkannya.

Semasa perarakan, penemu ramah perarakan ini bertemu dengan dua orang warga negara China yang sedang bersarapan di gerai. Mereka mengatakan bahawa di negara China, mereka tidak dibenarkan mengamalkannya apatah lagi mengambil risalah yang berkaitan dengan amalan tersebut.

Mereka terkejut apabila mengetahui bahawa Jiang Zemin dituduh kerana menganiaya pengamal Falun Gong dan berita penipuan diri diterima oleh Tiananmen Square tentang maklumat kebenaran tersebut.

Gambar 10: Penduduk tempatan Tanjung Sepat, Puan Xu.

Selepas menonton perarakan ini, Puan Xu dari Tanjung Sepat dengan gembiranya memuji kedatangan perarakan Tahun Baru Falun Gong dan memberi tanda isyarat bagus sambil mengata: “Baik! Sangat bagus! Tahun pertama! Selamat datang, selamat datang! Tahun ini lebih baik dengan perarakan ini! Terbaik!

Orang awam memberi pujian kerana memperkenalkan Tradisi dan Budaya Cina

Gambar 11

Gambar 12

Gambar 11-12: Hari Kesepuluh Tahun Baru Cina (25 Februari), pengamal Falun Gong Malaysia datang ke Kuala Lumpur (Jinjang Utara) dan mengadakan perarakan Tahun Baru Cina ketiga mereka, mereka berharap penduduk setempat menikmati sambutan Tahun Baru Cina ini. Perarakan itu dialu-alukan oleh penduduk setempat dari semua masyarakat berbilang kaum.

Gambar 13: Penduduk tempatan Jinjang Utara melambai tangan sambil menyambut ketibaan perarakan Tahun Baru Cina Falun Gong.

Gambar 14

Gambar 15

Gambar 16

Gambar 14 – 16: Hari Kesepuluh Tahun Baru Cina (25 Februari), pengamal Falun Gong Malaysia tiba di Seri Kembangan, Selangor dan mengadakan perarakan Tahun Baru Cina mereka yang keempat. Mereka berharap penduduk tempatan gembira dengan sambutan Tahun Baru Cina kali ini. Perarakan itu dialu-alukan oleh penduduk setempat dari berbilang kaum.

Pada hari kesepuluh Tahun Baru Cina (25 Februari), pengamal Falun Gong tiba ke Jinjang Utara, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan di Selangor (Serdang New Village) dan berarak di sana dan sambil memberi berkat Tahun Baru Cina kepada mereka.

Gambar 17: Penduduk tempatan Jinjang Utara, Encik Huang.

Huang Lin adalah penduduk tempatan di Jinjang Utara, berumur 63 tahun. Dia menyebut bahawa dia telah melihat ramai pengamal Falun Gong sedang berlatih di Sydney.

Encik Huang menunggang basikalnya, ketika dalam perjalanan ke pasar bertemu dengan perarakan Falun Gong. Beliau berkata ini adalah aktiviti yang sangat baik, dia berharap bahawa Falun Gong akan berkembang. Kerana Falun Gong mengajar orang agar menjadi insan yang berbelas kasihan, menjadi orang yang baik.

Amalan ini sangat baik tetapi ia telah dianiaya oleh parti Komunis China secara kejam. Encik Huang akhirnya berkata bahawa dia akan menjelaskan kebenaran kepada saudara-mara dan sahabatnya supaya mereka akan mengetahui tentang kebenaran mengamalkan Falun Gong dan menghentikan penganiayaan terhadap pengamal-pengamal tersebut.

Gambar 18: Penduduk tempatan Jinjang Utara, Encik Wu Haiming.

Seorang penduduk tempatan Jinjang Utara, Wu Haiming yang tinggal di sana selama 30 tahun (61 tahun) menyebut bahawa: “Saya telah tinggal di sini untuk masa yang lama dan ini adalah kali pertama saya melihat perarakan tradisional seperti ini. Ia memperkenalkan tradisi dan budaya Cina kepada generasi akan datang. Ia sangat baik. ” Beliau memberikan pendapat bahawa dia juga tidak bersetuju dengan penganiayaan terhadap pengamal Falun Gong dan akan menyampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakannya.

Gambar 19: Penduduk tempatan Jinjang Utara, Encik Rozman.

Perarakan yang dianjurkan oleh pengamal Falun Gong mempromosikan tradisi dan budaya Cina disambut baik oleh kaum lain. Encik Rozman dari Jinjang Utara menyebut bahawa atmosfera sangat baik. Pihak penganjur juga berada dalam perarakan. Ia menghidupkan kembali tradisi Cina dan membolehkan orang ramai mendapat peluang untuk melihat tradisi dan budaya Cina yang jarang berlaku.

Gambar 20: Serdang New Village, Encik Raju.

Serdang New Village, Encik Raju dan rakannya berdiri di tepi jalan untuk menonton perarakan Tahun Baru Cina Falun Gong. Dia gembira menaikkan ibu jarinya dan memuji bahawa perarakan itu sangat cantik.

Gambar 21: Serdang New Village, Encik Liang.

Seorang penduduk Serang New Village, Encik Liang berkata bahawa ini adalah kali pertama beliau melihat Falun Gong menganjurkan perarakan Tahun Baru Cina. Dia merasa acara ini sangat unik dan berharap ada lebih banyak aktiviti seperti ini yang akan diadakan. Ini adalah acara pembukaan mata, kerana ramai orang telah melupakan budaya dan tradisi seperti ini. Dia juga menambah: “Ini sangat bagus, biarkan semua orang tahu.”

Masyarakat berdoa kepada Tuhan agar penganiayaan dapat dihentikan

Gambar 22: Serdang New Village, Encik Balan.

Mr Balan, 55 tahun dari Kampung Baru Serdang, Beliau dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barangan runcit. Secara kebetulan dia menemui tempat permulaan perarakan Tahun Baru Cina Falun Gong.

Apabila dia mengetahui tentang pengamal Falun Gong yang dianiaya di China dan organ pengamal Falun Gong dikeluarkan dari tubuh mereka secara langsung, dia menandatangani buku laporan jenayah. Laporan ini melaporkan jenayah penganiayaan Jiang Zemin terhadap pengamal Falun Gong.

Beliau menyebut bahawa pengambilan organ hidup tanpa menggunakan anestetik adalah sangat kejam. Beliau juga menyebut bahawa ini adalah proses anti penindasan yang sangat lama dan hasilnya tidak dapat dilihat dengan segera. Tetapi lebih ramai orang perlu mengetahui kebenaran dan untuk menghalang penganiayaan ini. Jika semua orang tidak ambil peduli mengenai penganiayaan ini, Ia akan menjadi sukar. Dia akan berdoa kepada Tuhan agar penganiayaan ini dapat dihentikan.

Rakaman berita semasa perarakan Falun Gong dijalankan

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip kesejatian, kebaikan dan kesabaran. Kumpulan ini mengamalkan 5 kaedah senaman Qigong yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit serta membantu di dalam peningkatan tahap kesihatan badan dan minda. 

Falun Dafa dikenali di negara China sejak tahun 1992 dan kini telah tersebar ke lebih seratus buah negara di seluruh dunia. Ramai yang telah mendapat manfaat daripada amalan senaman tersebut.

Penindasan terhadap pengamal Falun Gong di China bermula pada 20 Julai 1999 oleh Jiang Zemin, bekas presiden PKC, atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburunya.

Propaganda dan tipu muslihat Jiang mengakibatkan berpuluh-puluh ribu pengamal Falun Gong ditangkap, dipenjara dan diseksa. Ramai di antara mereka telah dibunuh dan diambil organnya.

Pada tahun 2017, Persatuan Falun Dafa Malaysia telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi yang sah di Malaysia. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 50 kawasan tapak latihan Falun Gong di seluruh Malaysia. 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds