Melihat bayi sendiri membesar dengan keletah mereka, pasti ada saat lucu dan mengagumkan yang akan terpahat di dalam fikiran kita buat selama-lamanya. Seperti langkah dan perkataan pertama atau buat pertama kali dalam kehidupan, mereka melihat bunga dandelion dan merasa sangat geli hati seperti bayi ini.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube/ Tom Fletcher

Tom Fletcher merakamkan detik pengalaman menghabiskan masa bersama bayi lelakinya, Buzz yang sangat comel dan melucukan. Artis dan ahli kumpulan rock ‘McFly’ ini kembali dengan memuat naik video bersama anak lelaki comelnya yang pasti akan menceriakan hari anda dengan ketawanya.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube/Tom Fletcher

Dalam video terbarunya, Tom berjalan mengambil angin bersama Buzz di satu padang terbuka dan mengutip sekuntum bunga dandelion. Apabila Tom meniup bunga dandelion dan batangnya, si comel Buzz tidak dapat menahan rasa geli hatinya dan telah ketawa berdekah-dekah.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube/Tom Fletcher

Tom mengambil sekuntum bunga dandelion lagi dan meniupnya. Buzz merasa tiupan pada batang bunga dandelion daripada bapanya itu amat melucukan dan dia tidak dapat menahan rasa geli hatinya sambil ketawa berdekah-dekah. Tom juga turut berasa geli hati dengan ketawa Buzz yang boleh berjangkit itu.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube/Tom Fletcher

Reaksi si comel Buzz melepaskan rasa lucunya melihat tiupan bunga dandelion memberikan detik yang amat indah, comel dan memori ini mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh bapanya, Tom. Senyuman dan ketawa Buzz yang sangat comel dan asli ini turut mencairkan hati kita semua.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube/Tom Fletcher

Tidak disangka, bunga dandelion itu adalah bunga kelakar yang boleh membuat semua orang ketawa terutama jika ia dimulakan oleh Buzz.

Lihat video lucu reaksi Buzz ketawa berdekah-dekah melihat bapanya, Tom meniup bunga dandelion di bawah:

Sumber: happiest

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds