GAYA HIDUP, INSPIRASI, KESIHATAN

9 cara semula jadi untuk menangani masalah hidung tersumbat

9 cara semula jadi untuk menangani masalah hidung tersumbat

Mengalami hidung tersumbat dapat mengganggu aktiviti harian anda. Anda pasti akan merasa rimas dan tidak selesa jika mengalami hidung tersumbat. Ia juga akan menjejaskan deria bau dan deria rasa anda. Selain itu, hidung tersumbat juga akan mengganggu waktu tidur anda.

Terdapat cara semulajadi yang dapat meredakan masalah hidung tersumbat anda. Cara semula jadi dapat membuat anda bernafas dengan lebih sempurna dan selesa.

Berikut adalah 9 cara semula jadi untuk meredakan hidung tersumbat:

#1. Mandi air panas.

Mandi air panas bukan sahaja dapat menyegarkan tetapi stim yang terhasil daripadanya dapat menipiskan mukus di hidung anda, sekali gus mengurangkan keradangan sinus. Jangan mengharapkan untuk bebas daripada hidung tersumbat sepanjang hari tetapi ia dapat membantu meredakan hidung tersumbat untuk kira-kira satu atau dua jam.

#2. Tuala hangat.

Meletakkan tuala hangat dan basah di dahi anda dapat membantu mengurangkan hidung tersumbat.

#3. Kekal hidrasi.

Menjaga diri anda kekal terhidrasi adalah tip kesihatan yang sering terlepas pandang oleh ramai orang. Dalam hal hidung tersumbat, minum banyak air dapat meredakannya. Air suam lebih sesuai untuk melegakan tekanan sinus.

#4. Neti pot.

Dengan membersihkan rongga hidung anda menggunakan neti pot juga dapat meredakan hidung tersumbat. Neti pot direka bentuk untuk mengepam lendir keluar daripada saluran hidung. Muncung diletakkan di salah satu lubang hidung, dan sambil memiringkan kepala anda, tuangkan air suling. Cecair itu perlu dibuang keluar daripada lubang hidung yang lain. Jangan lupa untuk membersihkannya sebelum dan selepas digunakan.

#5. Teh pudina.

Apa-apa yang hangat boleh membantu melegakan kesesakan hidung kerana akan menipiskan lendir. Minum teh pudina suam adalah cara yang terbaik kerana mentol daripada daun pudina boleh membuatkan anda mudah bernafas.

#6. Rempah ratus.

Aroma rempah ratus tertentu dapat membantu membersihkan sinus anda seperti bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis, lada hitam dan lain-lain lagi. Anda boleh taburkan secubit ke dalam sup panas anda untuk mengurang lendir. Jangan keterlaluan, kerana mungkin akan memburukkan lagi keadaan anda.

 

#7. Urutan wajah.

Urutan wajah dapat meningkatkan peredaran darah berhampiran sinus anda, yang seterusnya melegakan kesakitan di sekitar kawasan itu. Tonton video di bawah bagaimana anda boleh melakukan urutan wajah dengan sendiri untuk melegakan tekanan sinus.

# 8. Gunakan humidifier.

Seperti yang dinyatakan, stim boleh membantu mengurangkan lendir serta menghilangkan rasa sakit dan tekanan sinus. Letak humidifier di bilik anda boleh membantu meredakan hidung tersumbat. Kesannya mungkin tidak cepat, namun akan memberikan kelegaan yang tahan lama.

#9. Semburan salin.

Meningkatkan kelembapan di bahagian hidung adalah salah satu cara yang boleh membantu meredakan hidung tersumbat. Salin, yang pada dasarnya adalah campuran natrium klorida (garam) dan air, membantu mengurangkan keradangan sinus, dan mengeluarkan cecair lendir yang berlebihan daripada sinus anda.

Sumber: ELITE READERS

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...