Rasanya pasti ramai yang menyukai persembahan silap mata yang memukau pandangan, dan itu adalah perkara yang biasa. Tetapi bagi persembahan tarian dengan iringan lagu yang pantas, kita pasti akan berfikir bagaimana penari boleh menari sambil melakukan aksi silap mata sekaligus.

Kredit : Paparan Skrin Youtube

Sekumpulan gadis ayu seramai 12 orang dengan memakai baju merah telah berbaris dan akan memulakan persembahan tarian.

Iringan lagu klasik trot Korea dimainkan dan mereka memulakan persembahan tarian. Sambil menari dengan pusingan, secara tiba-tiba pakaian mereka telah bertukar dengan gaya dan dua warna yang berlainan.

Kredit : Paparan Skrin Youtube

Para penonton yang berada di dalam studio tiba-tiba merasa sangat terkejut dan tidak mempercayainya. Bagaimana para penari ini melakukannya?

Kredit : Paparan Skrin Youtube

Tidak berakhir di situ, kemudian dalam masa yang pantas dengan iringan lagu Beyoncé, “Crazy In Love”, para penari ini telah menukar pakaian dengan tiga lagi warna yang berlainan.

Kredit : Paparan Skrin Youtube

Dalam jangka masa 3 minit persembahan tarian, mereka telah menukar pakaian sambil menari sebanyak empat kali dengan lima warna yang berlainan.

Persembahan tarian silap mata yang sangat hebat dan mengagumkan. Bagaimana helah ini dibuat dengan begitu pantas dan sempurna sekali?

Kredit : Paparan Skrin Youtube

Persembahan hebat para penari ini tidak dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut. Anda perlu menontonnya sendiri melalui video di bawah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds