KUALA LUMPUR – Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah menerusi Kementerian Kesihatan menetapkan 70 jenis makanan termasuk nasi lemak yang dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu bagi menangani masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar.

15 jenis makanan dan minuman tidak sihat dan dilarang dijual di kesemua kantin sekolah turut disenaraikan dalam garis panduan ini. Senarainya termasuklah mi segera, coklat, gula-gula, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna dan perasa tiruan, snek, aiskrim dan minuman berkabonat.

Menurut kajian,  masalah obesiti dalam kalangan pelajar berusia 6 hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus kepada 13.7 peratus pada tahun 2007.  Peningkatan ini adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal.

Kredit: Kementerian Kesihatan

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang dibenarkan dan dilarang menurut Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai rujukan buat ibu bapa dan pihak sekolah:

Garis panduan ini meliputi penyediaan dan penjualan makanan di sekolah termasuk kantin sekolah dan mana-mana lokasi lain di sekolah. Penjualan makanan sempena aktiviti-aktiviti khusus seperti Hari Sukan dan Hari Kantin juga termasuk di dalam skop garis panduan ini.

Guru yang bertanggungjawab hendaklah:

a) memastikan senarai makanan dan minuman yang boleh dijual, tidak digalakkan dan dilarang di kantin sekolah dipatuhi setiap masa.

b) memastikan kandungan kalori dalam semua makanan dan minuman dipamerkan oleh pengusaha kantin.

c) menjalankan pemantauan secara berkala (setiap minggu) dan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah jika terdapat sebarang ketidakpatuhan.

d) memberi nasihat penambahbaikan kepada pengusaha kantin berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan.

Kementerian Kesihatan

Pihak pengurusan sekolah juga digalak menyediakan makanan dan minuman berpandukan Cadangan Senarai Makanan Dan Minuman Yang Boleh Dijual Di Kantin Sekolah Mengikut Kekerapan Dan Hari . Ini bertujuan mengurangkan kekerapan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula di kalangan murid sekolah.

Bagi membantu guru untuk membimbing murid sekolah supaya mengambil makanan mengikut keperluan yang disarankan, disertakan maklumat berikut sebagai rujukan: 

Kredit: Kementerian Kesihatan

Kredit: Kementerian Kesihatan

Kredit: Kementerian Kesihatan

SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH:

1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 seperti:

• Makanan yang melampaui tarikh luput.

• Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.

2. Gula-gula dan coklat.

3. Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk sama ada masam, masin atau manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau dan jeruk bawang.

4. Makanan ringan dan minuman yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan, kecuali susu berperisa.

5. Makanan dan minuman yang beralkohol.

SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK DIGALAKKAN DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH :

1. Mi segera.

2. Konfeksi ais dan ais krim.

3. Teh dan kopi.

4. Minuman berperisa berkarbonat.

5. Makanan yang berkrim atau bersalut gula.

6. Makanan diproses seperti daging burger, sosej dan nugget.

Segala maklumat adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah.

Sumber: Kementerian Kesihatan

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds