Isu Milo bukan lagi isu baru yang diperdebatkan baru-baru ini. Pelbagai kritikan diterima berikutan kandungan dalam Milo yang dikatakan tidak sihat.

Ekoran kejadian itu, Nestlé baru sahaja mengumumkan bahawa rating Milo sebanyak 4.5 telah merosot selepas produk itu menerima kritikan hebat daripada pakar kesihatan.

Menurut SMH, penarafan 4.5 bintang pada awalnya dilakukan berdasarkan syarat bahawa orang ramai hanya mengambil tiga sudu Milo dengan segelas susu rendah lemak.

Namun begitu, ramai yang tidak mengikut ‘arahan’ penggunaan yang sepatutnya dengan mencampur Milo dengan susu atau gula. Oleh itu, pakar kesihatan awam dan kumpulan pengguna mencadangkan supaya Milo seharusnya diberikan penarafan 1.5 kerana ramai yang tidak menggunakan Milo mengikut arahan yang diberikan.

Menurut ketua kempen dan polisi, Kantika Day kebanyakan orang tidak menggunakan Milo dengan susu rendah lemak sahaja. Adalah sukar untuk mengatakan sesuatu produk itu sihat jika hanya dengan menambah bahan yang bernutrisi ke dalam produk tersebut. Tambahan lagi, ramai yang menggunakan Milo dengan susu berkrim dan ada juga yang minum terus daripada tin atau daripada aiskrim.

Sumber: YouTube

Jurucakap Nestlé, Margaret Stuart, berkata jenama itu akan mencatatkan penarafan bintang 1.5 tetapi ia hanya tertakluk kepada serbuk Milo sahaja manakala semua produk yang berkaitan dengan jenama Milo akan kekal dengan penarafan 4.5 bintang.

Menurut Stuart lagi apa yang penting hal ini dapat membimbing pembeli untuk membandingkan produk yang sama  kategori yang dijual di pasaran serta menggalakkan pengeluar makanan yang dibungkus untuk menambah baik kandungan nutrisi dalam produk mereka. Perkara ini jelas akan membawa peningkatan dalam industri makanan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds