GLOBAL

3 orang mati dan 12 lagi jatuh sakit di Australia akibat dijangkiti wabak selepas makan tembikai tercemar

3 orang mati dan 12 lagi jatuh sakit di Australia akibat dijangkiti wabak selepas makan tembikai tercemar

Tiga orang mati manakala 12 lagi jatuhbsakit disebabkan wabak listeria di Australia yang dikaitkan dengan buah tembikai wangi atau ‘rock melon’.

Kematian ketiga dilaporkan di wilayah Victoria pada 2 Mac lalu selepas dua warga tua meninggal dunia di wilayah New South Wales awal minggu ini.

Menurut Independent, wabak ini mempunyai kaitan dengan sebuah ladang di Nericon, New South Wales di mana dua kematian berlaku di situ manakala kematian ketiga dikatakan berlaku di Victoria.

Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran kepada orang ramai terutamanya golongan wanita dan warga tua untuk mengelakkan diri daripada makan tembikai potong yang dijual dan memerintahkan kesemua buah yang tercemar dikeluarkan dari pasar raya.

Vicky Sheppard, Pengarah Penyakit Berjangkit NSW Health telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa 13 daripada 15 kes mengalami gejala yang sama dan kemudian jatuh sakit selepas makan tembikai jenis tersebut.

Antara kes wabak listeria yang berlaku termasuklah enam kes yang berlaku di New South Wales, lima dari Victoria dan yang lain dilaporkan berlaku di Queensland dan Tasmania.

Bakteria listeria dikatakan boleh menyebabkan kematian jika terkena wanita hamil, warga tua, bayi dan orang dewasa yang mempunyai sistem imun tubuh yang lemah. Antara tanda jangkitan tersebut ialah berasa mual, cirit-birit dan sakit otot.

Era Baru

Kategori:GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...