Keju merupakan sumber makanan yang sangat digemari ramai. Dahulu, penggunaan keju sering kali diletakkan di dalam masakan savori seperti piza dan juga spageti tetapi keju juga enak dijadikan hidangan pencuci mulut!

Kelazatan rasanya yang lemak berkrim membuatkan penggemar keju tidak jemu untuk menikmatinya.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada para pembaca tentang satu resipi yang sentiasa menjadi pilihan ramai iaitu ‘Japanese Baked Cheese Tart’ atau Tat Keju Bakar Jepun.

Resipi yang dikongsikan oleh Resepi Panas menular di Facebook sehingga dikongsikan sebanyak 62,051 kali! Malah, ia turut mendapat pujian dan komen positif daripada netizen-netizen yang telah mencuba resipi ini.

Selepas dapat resipi ini, bolehlah anda semua ke kedai membuat kek berdekatan atau ke pasaraya untuk membeli bahan-bahan dan mencubanya sendiri di rumah! Dijamin berbaloi~

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk membuat kulit tat:

  • 100g marjerin
  • 30g gula kastor
  • 150g tepung gandum
  • 2 biji telur kuning
  1. Untuk penyediaan kulit tat, anda perlu gaulkan marjerin bersama gula dengan menggunakan sudip kayu atau spatula. Kacau rata.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur dan kacau lagi.
  3. Setelah sebati, masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Masukkan adunan doh ke dalam acuan dan sejukkan selama 15 minit sebelum dibakar.
  5. Setelah kulit tat sedikit mengeras, bolehlah anda bakar kulit tat pada suhu 170°C selama 25 minit.
  6. Ketepikan kulit tat yang telah dimasak dan biarkan sejuk seketika sementara membuat intinya.

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk membuat inti tat:

  • 1 biji telur (suhu bilik)
  • 15g + 15g gula
  • 100g krim keju
  • 50ml heavy cream atau whipping cream
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh air
  1. Asingkan telur putih dan kuning. Tambahkan 15g gula ke dalam telur putih dan pukul dengan menggunakan pemukul elektrik sehingga kembang menjadi seperti meringue.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan krim keju dan 15g gula. Masukkan juga kuning telur, heavy/whipping cream dan jus lemon. Pukul sehingga sebati.
  3. Kaup balik adunan krim keju ini bersama dengan meringue dengan menggunakan spatula.
  4. Tuangkan adunan ke dalam kulit tat yang telah dibakar dan sapukan kuning telur yang dicampurkan dengan satu sudu air ke atas permukaan tat.
  5. Bakar pada suhu 200°C selama 15 minit. Pastikan bahagian atas tat bertukar menjadi warna keperangan.
  6. Japanese Baked Cheese Tart sedia untuk dihidangkan.

Tonton video di bawah untuk melihat dengan lebih jelas cara membuat resipi ini.

Sumber: Facebook/Resepi Panas
Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds