Seorang lelaki pergi berjalan-jalan di dalam hutan dan tiba-tiba dia terserempak dengan sebuah bangsal jerami yang dipenuhi dengan buah beri liar. Biarpun bangsal jerami seperti itu mudah dan biasa ditemui di hutan Australia dan New Guinea tetapi apa yang menariknya ialah buah-buahan yang terdapat di bangsal itu tersusun dengan kemas sekali.

Pada mulanya dia menyangka beberapa orang yang membina bangsal jerami tersebut untuk menyimpan buah-buahan liar. Tetapi selepas melakukan pemerhatian secara berjaga-jaga, dia mendapati binaan tersebut hanyalah berkeluasan 30 sentimeter dan beberapa batang ranting tebal digunakan sebagai bahan utama binaan bangsal jerami tersebut. Manakala rumput pula digunakan untuk membentuk bangsal tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan ialah terdapat bilik-bilik di bangsal jerami tersebut dan setiap bilik tersimpan buah-buahan liar yang pelbagai jenis.

Lelaki tersebut berasa hairan dan terfikir siapakah yang sengaja membina bangsal tersebut di dalam hutan?

Untuk mengetahui jawapan pada setiap persoalan yang timbul, dia memutuskan untuk menanti kemunculan pemilik bangsal tersebut dengan sabar.

Selepas beberapa jam menunggu, pemilik bangsal tersebut akhirnya memunculkan dirinya.

Rupa-rupanya pemilik bangsal itu ialah seekor burung kecil dan lelaki tersebut benar-benar terkejut melihatnya!

Burung ini membina bangsal jerami untuk meletakkan buah beri yang dikumpulkannya. Selepas bertanya kepada penduduk sekitar, lelaki itu mendapati bahawa burung ini yang membina rumahnya sendiri dan digelar ‘The Gardener Brown‘.

Burung ini boleh menghabiskan masa sehingga sepuluh bulan lamanya untuk membina sarang rumit dan menghiasnya dengan buah yang boleh dimakan dan sampah yang dibuang.

Walau bagaimanapun, bangsal jerami tersebut tidak berfungsi sebagai rumah mereka. Hal ini kerana, burung ini membina dan menghiasi sarangnya dengan bahan-bahan yang cerah dan pelbagai jenis beri adalah untuk menarik perhatian burung betina. Burung jantan akan menggunakan ciptaan seni dan makanan yang mereka kumpulkan untuk menarik perhatian burung betina.

Ternyata haiwan juga mempunyai cara tersendiri dan bersifat romantik untuk menarik perhatian pasangan masing-masing

Burung ‘Brown Gardener‘ akan meletakkan buah-buahan dan kumbang di halamannya. Bunga merah yang dikumpulkan dan diletakkan di tepi halaman sarangnya benar-benar menarik banyak perhatian.

Burung ini juga lebih suka meletakkan bahan daripada warna yang sama bersama-sama supaya ia kelihatan kemas dan menarik perhatian burung betina

Sarang burung ‘Brown Gardener‘ mempunyai bumbung yang dihasilkan daripada batang orkid. Sarang tersebut biasanya dibina di kawasan terbuka atau di dasar pokok kecil dan sebatang ranting atau beberapa batang ranting digunakan untuk menyokong sarang tersebut.

Di hadapan bangsal jerami itu terdapat halaman yang luas dan bunga merah dijadikan sebagai hiasan

Buah-buahan yang dikumpulkan oleh burung tersebut bukanlah hanya untuk dijadikan hiasan sarangnya tetapi ia juga akan dimakan sebagai ganjaran setelah penat bekerja.

Semua persiapan mengawan telah dilakukan. Apa yang tinggal hanyalah menunggu burung betina mendekati bangsal jerami dan berkongsi sarang tersebut bersama-sama.

Apabila seekor burung betina mendekati sarang, biasanya ia akan memeriksa bakal rumah baharunya.

Sekiranya seekor burung betina dikesan oleh burung jantan, burung jantan akan mula mengepakkan sayapnya dan bernyanyi dengan tujuan untuk menarik calon pasangannya.

Buah-buahan berwarna biru dan penutup botol berwarna biru adalah barang koleksi kegemaran burung jantan

Apabila burung jantan telah berjaya mengawan burung betina, ia bukanlah satu pengakhiran kerana ia perlu menunggu ketibaan ‘kecantikan’ seterusnya. Proses mengawan akan berterusan selama beberapa hari lagi.

Anda tidak perlu terkejut sekiranya menemui sesuatu yang pelik seperti bangsal jerami ini di dalam hutan di Australia dan New Guinea.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds