Melakukan kerja sambilan ketika belajar adalah lumrah dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi.

Ada antara mereka yang sememangnya memerlukan wang tambahan dan ada juga yang melakukannya semata-mata untuk mendapatkan pengalaman.

Tidak kiralah apa pun tujuannya, yang pasti setiap kerja yang dilakukan pasti memberikan pengalaman yang sangat berguna kepada pelajar.

Bagi yang sedang mencari idea tentang pekerjaan apa yang boleh dilakukan, berikut adalah beberapa jenis kerja sambilan yang boleh anda lakukan sama ada di kampus ataupun di luar kampus.

#1 Tutor/ guru tuisyen

Mengajar kanak-kanak sekolah adalah sesuatu yang lazim dilakukan oleh pelajar IPT. Dengan mengajar subjek-subjek yang anda tahu bukan sahaja memberi faedah kepada murid-murid anda malah anda dapat mengaplikasi ilmu yang anda miliki.

#2 Kru restoran

Bagi yang mencari kerja shift ini adalah kerja yang sesuai buat anda. Anda dapat menyesuaikan waktu kuliah anda dengan waktu kerja kerana waktu kerja di restoran lebih fleksible.

Anda boleh ke kelas pada waktu pagi dan pada waktu petang anda sudah boleh bekerja, apa yang penting waktu kuliah anda tidak terganggu.

#3 Pemadu Grab/Uber

Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri ini adalah peluang anda. Memandangkan perkhidmatan Grab car dan Uber kini semakin meluas anda mungkin boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Waktu kerja yang fleksibel juga membolehkan anda mengimbangkan masa antara belajar dan bekerja.

#4 Promoter

Bagi anda yang peramah ini adalah antara kerja yang sesuai buat anda. Anda bukan sahaja dapat menjana gaji tetapi dapat mengasah kemahiran komunikasi anda ketika berhadapan dengan orang ramai.

#5 Menjadi agen dropship

Anda tidak suka bekerja di pusat membeli belah atau di restoran? Anda boleh menjadi agen dropship! Dengan menggunakan internet anda boleh memasarkan produk yang anda jual. Anda juga pasti punya ramai kawan di kolej, ini adalah kesempatan anda untuk mendapatkan wang tambahan!

#6 Mengajar bahasa

Di kampus anda pasti ada pelajar antarabangsa yang tidak mahir berbahasa tempatan. Anda boleh mengambil kesempatan ini dengan membuat kelas untuk mereka yang mahu belajar bahasa tempatan.

Bagi yang mempunyai bahasa ketiga, anda juga boleh mengajar bahasa tersebut kepada pelajar Malaysia. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa ada pelajar antarabangsa yang mengadakan kelas untuk mengajar bahasa ibunda mereka. Jadi, apa tunggu lagi?

#7 Penterjemah

Buat anda yang mahir berbahasa anda juga boleh menjadi penterjemah secara sambilan. Memandangkan banyak bahan bacaan dan bahan kajian ditulis di dalam bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris jadi anda boleh menggunakan kesempatan ini dengan menjadi penterjemah kepada mereka yang memerlukan khidmat anda.

Di kampus, pasti ada yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan tesis, jadi ini peluang anda!

#8 Berniaga di kampus/kolej

Buat yang suka berniaga anda boleh berniaga di kolej atau di kampus. Dengan modal yang rendah, anda boleh mendapatkan keuntungan yang lebih baik.

Bagi yang tinggal di kolej kediaman anda mungkin boleh meletakkan makanan ringan atau air mineral di setiap blok.

Bagi yang tinggal di luar kolej pula anda mungkin boleh masak menu yang ringan seperti sandwich, burger atau mi goreng untuk dijual di kolej.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular

Ad will display in 09 seconds