Majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli iaitu Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung baru-baru ini ternyata mempunyai aura suasana yang amat indah sekali.

Bertemakan kisah kayangan dengan menggunakan sentuhan perancang majlis terkenal iaitu Reka Teemor, majlis resepsi kedua-dua mempelai nampaknya benar-benar membuatkan dunia fantasi itu seolah-olah wujud!

Kredit: Instagram/missfazura

Majlis yang penuh gilang-gemilang ini diadakan di Mandarin Oriental Hotel menyaksikan pasangan pengantin baru ini kelihatan persis seperti putera dan putera raja.

Kredit: Instagram/missfazura

Dalam majlis serba indah itu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun kelihatan anggun mengenakan gaun rona putih dan juga persalinan kedua berwarna merah jambu lembut manakala Fattah pula segak dengan sut hitam rekaan Rizman Ruzaini.

Kredit: Instagram/missfazura

Majlis berkenaan turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

Kredit: Instagram/missfazura

Antara tetamu dan rakan artis yang turut memeriahkan majlis ini adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Rozita Che Wan, Zizan Razak, Elfira Loy, Izara Aisyah, Lisa Surihani, Datin Zizie Ezette, Elaine Daly, Aizat Amdan, Datuk Chef Wan, Alvin Chong dan ramai lagi.

Kredit: Instagram/missfazura

Tetamu yang hadir ke majlis eksklusif ini dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan Ruffedge, Bunga Citra Lestari, Dayang Nurfaizah dan juga Datuk Sheila Majid.

Kredit: Instagram/missfazura

Bibit percintaan antara Fattah dan Fazura mula dihidu ramai apabila kedua-duanya berganding menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Mereka kemudian mengikat tali perkahwinan secara rahsia pada tanggal 13 November tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan secara tertutup dua minggu kemudian di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Kredit: Instagram/missfazura

Sumber: MyNewsHubInstagram/missfazuraAstro Awani

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds