Sewaktu kelantikan pertama kepresidenan Trump, kumpulan hak asasi manusia dan pelbagai agensi media telah mengatakan sebulat suara bahawa Trump merupakan ancaman besar kepada hak asasi manusia. Dengan waktu yang silih berganti, analisa tentang sejarah presiden sebelum ini telah dikaji semula, membandingkan kedua-dua presiden Obama dan Trump terhadap tiga dasar luar yang mereka tekankan pada abad ke-21.

Kredit foto: ©Wikipedia/PeteSouza

1. China.

Pada tahun 1999, ketika Bill Clinton dilantik menjadi presiden dan Hillary Clinton adalah sebagai “First Lady”. Parti Komunis China melancarkan pembunuhan kaum yang mengamalkan Falun Gong (salah satu bentuk Qi Gong) di seluruh negara itu ketika ia merupakan amalan yang popular di China. Dikatakan 70 juta hingga 100 juta orang yang mengamalkan meditasi berteraskan “Sejati-Baik-Sabar” secara sistematiknya ditahan, diseksa dan dibunuh oleh rejim China. Namun Amerika Syarikat tetap berdiam.

Kredit foto: ©Minghui.org

Clinton secara dasarnya tidak melakukan apa-apa tindakan dan memandang sebelah mata terhadap isu ini, sedangkan presiden Trump menitik berat akan isu ini.

OBAMA: Sedangkan rejim China secara sistematik telah mengurangkan 8 peratus penduduknya dengan cara kejam dimana mereka lakukan apa sahaja cara sekejam yang boleh seperti menuai organ rakyat mereka secara hidup-hidup.

Pentadbiran Obama tidak mengambil berat tentang hak asasi manusia, walaupun pelbagai rayuan dan permintaan telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap isu ini. Tidak adapun sepatah kata yang dikeluarkan oleh Obama dan juga Setiausaha Negara, Hillary Clinton untuk menyokong sokongan terhadap Falun Gong.

Kredit foto: ©Minghui.org

Trump: Sebaliknya bagi Setiausaha Negara Trump, Rex Tillerson. Secara langsung membidas tentang pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh rejim China. Tillerson mengeluarkan kenyataan pada 15 Ogos 2017, menyebut: “Di China, kerajaan mereka menyeksa, menahan dan memenjarakan beribu-ribu orang yang mengamalkan kepercayaan agama mereka. Puluhan anggota Falun Gong telah meninggal dunia sewaktu dalam tahanan.”

Pada tahun lepas, Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Taiwan, Dr. Yang Sen-hong bertemu dengan pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat. Dia juga mengatakan bahawa pentadbiran Trump telah menyusun satu senarai tentang hukuman terhadap penyalahguna hak asasi manusia dan harus dihukum mengikut Global Magnitsky Akta Akauntabiliti Hak Asasi Manusia. Dr Yang juga menyampaikan beberapa topik penting tentang penganiayaan terhadap pengamal Falun Gong dalam sesi temu bual di siaran Radio Sound of Hope.

Kredit foto: ©Wikipedia

“Pegawai itu mengatakan bahawa Jabatan Negara Amerika Syarikat sedang melakukan persiapan yang banyak sekarang,” tambah Dr. Yang. “Dia juga membangkitkan suasana kedaan bagaimana pengamal Falun Gong telah dianiaya dengan teruk sekali, terutama isu penuaian organ secara langsung.” Dikatakan juga pegawai Cina juga terlibat dalam sindiket penuaian organ secara meluas.

Dari segi isu ini, terdapat banyak yang dharapkan pada tahun 2018. Sekurang-kurangnya, kita dapat melihat bahawa dibawah pentadbiran Trump telah mula melangkah ke depan.

2. Korea Utara

Selama beberapa dekad, dunia telah mempelajari bagaimana rejim ini telah menjadikan penduduknya kelaparan. Pada masa yang sama mereka kerap mengeluarkan ancaman mereka sehingga keadaan menjadi semakin tegang diantara dua negara tersebut, Korea Utara dengan Amerika Syarikat dan juga kepada negara-negara lain, dan ujian nuklear, termasuk peluru berpandu balistik yang diisi anthrax. Menjadikan isu Korea Utara telah menjadi salah satu isu dasar luar negera yang paling menonjol pada ketika ini.

Kredit foto: ©Wikipedia/OgreBot

Obama: Semasa pendengaran Jawatankuasa Perkhidmatan Angkatan Darat pada 11 April 2013, Kongres Doug Lamborn, (R-Colo) mendedahkan maklumat yang boleh dipercayai melalui Laporan Agensi Perisikan Pertahanan. Laporan itu mendedahkan bahawa Korea Utara telah mula membina nuklear berskala kecil yang boleh dipasangkan ke atas ICBM. Respon terhadap laporan tersebut, pihak pentadbiran Obama mengatakan Korea Utara masih bukan ancaman sebenar.

Ini membuatkan Korea Utara bebas melancarkan penyelidikan dan kajian terhadap peluru berpandu nuklear. Satu-satunya tindakan yang diambil oleh Obama adalah mengikat Akta Peningkatan Kuasa dan Peningkatan Dasar Korea Utara 2016, meskipun ia tidak banyak menghalang rejim itu daripada melancarkan program nuklearnya.

Kredit foto: ©Getty Images/ScottOlson

Menurut Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders. “Jika pentadbiran sebelum ini telah menangani urusan dengan Korea Utara dan Iran, bukannya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa mungkin, kami tidak perlu bersusah payah menguruskan kerja terbiar mereka.”

Trump: Pada 19 September, 2017. Satu ucapan yang jelas dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Trump mengecam keras Korea Utara kerana membuat ancaman terhadap negara-negara lain dan membiarkan berjuta-juta rakyatnya kelaparan bahkan sehingga meninggal dunia.

“Tidak ada negara di muka bumi yang berminat pun melihat sekumpulan penjenayah berbekalkan senjata nuklear dan peluru berpandu,” kata Trump. “Sudah tiba masanya untuk setiap negara bekerjasama untuk mengasingkan rejim Kim.”

Kredit foto: ©Getty Images/ChipSomodevilla

Buat pertama kalinya, rejim China telah menentang negara komunis yang kecil dan ketua parti Xi Jinping telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat secara terbuka untuk menangani isu Korea Utara. Kedua-dua Negara telah membuat sekatan tegas terhadap Korea Utara, menyekat penjualan gas asli dan minyak. Bukan sahaja negara China telah mengesahkan kesan yang ketara terhasil akibat sekatan itu, pada 29 September 2017 sekatan yang disokong penuh oleh Trump menyebabkan “jumlah kerosakan yang sangat besar kepada Korea Utara.”

Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence mengesahkan komitmen Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan negara lain dalam “kempen tekanan ekstrem” terhadap Korea Utara.

Kredit foto: ©Getty Images/AaronP.Bernstein

“Kami akan terus bersatu teguh antara satu sama lain dengan rakyat Jepun, rakyat Korea Selatan, dan sekutu dan rakan seperjuangan kami di seluruh rantau ini sehingga kami mencapai matlamat global meneutralkan kuasa nuklear di Semenanjung Korea,” kata Pence dalam ucapannya ketika berada di Jepun.

Berdasarkan kemajuan kukuh dengan kerjasama antara negara-negara lain, pentadbiran Trump telah membuktikan bahawa ini bukan isu sampingan luar yang akan mereka tempuhi, tetapi terus kepada isu utama.

3. ISIS

Pada penghujung tahun 2015, Obama menerima rating kelulusan sebanyak 34 peratus semasa pengendaliannya menangani ISIS dan konflik di Syria dan Iran. Menurut satu kajian selidik NBC/Wall Street Journal. Manakala pengundian Jan. 8-10 yang dijalankan oleh NPR/PBS/Marist mendedahkan bahawa taraf kelulusan adalah sebanyak 48 peratus di bawah pengendalian pentadbiran Trump menangani ISIS.

Kredit foto: ©Getty Images/ThomasCoex

Obama: Dalam sidang temubual dengan Fox News Sunday, Obama mendakwa, “Tidak ada seorang presiden yang menumpaskan lebih banyak pengganas di luar selain daripada saya selama tujuh tahun setengah tahun memerintah.” Dia juga menyatakan dia komited untuk “bertanggungjawab menamatkan perang di Iraq.”

Jika kita lihat kembali campur tangan pentadbiran Obama di Iraq, waktu itu seluruh rantau telah menjadi stabil dan ketika itu juga ISIS ditubuhkan.

Memandang akan kenyataan ini, Trump merujuk kepada Obama bahawa dia adalah “pengasas ISIS”. Kenyataan kontroversinya itu merujuk kepada bagaimana bekas presiden mengarahkan tentera A.S. supaya keluar daripada Iraq dalam tempoh bertahun-tahun krisis berdarah, dan wilayah itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa rujukan.

“Sebagai Presiden, saya tidak akan berada di Iraq. Itulah kesilapan yang sangat teruk. Salah satu kesilapan yang paling teruk dalam sejarah negara kita, kita menjejaskan Timur Tengah. Dan Kami terpaksa menanggung kesannya selama bertahun-tahun. Tetapi dia adalah pengasas, sememangnya pengasasnya.” kata Trump dalam sesi temu bual dengan CNBC.

Trump: 13 Oktober 2017, dalam Sidang Value Voters Summit.  Trump mengatakan, “Kami telah melakukan lebih banyak usaha dalam menentang ISIS dalam tempoh sembilan bulan berbanding dengan pentadbiran sebelumnya yang ditadbir oleh mereka sepanjang masa ini.”

Keputusan Trump untuk memperluaskan kuasa tentera dalam usaha menentang ISIS telah menhasilkan kejayaan cemerlang, termasuk memaksa ISIS keluar dari ibu kota Raqqa dan Mosul yang ditawan oleh mereka sebelum ini Dengan kerjasama dengan Pasukan Demokrasi Syria, bandar Raqqa berjaya dibebaskan dari kawalan ISIS. Selain itu, serangan udara ke atas kawasan pengambilan dan latihan pengganas di Yemen telah dimusnahkan “berpuluh-puluh ahli ISIS turut dihapuskan,” menurut laporan Pentagon’s DoD News pada 16 Oktober.

Di bawah pentadbiran Trump, rakaman video di medan perang telah dihapuskan, dan arahan untuk menghapuskan ISIS telah jelas. Pence berkata, “terima kasih kepada kepimpinan presiden, ISIS mencari tempat untuk menyorok.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds