Seorang netizen bernama ‘Dcard’ telah berkongsi kisah yang dialaminya beberapa minggu yang lalu. Insiden ini telah memberinya satu pengajaran berharga dalam hidupnya. Dcard bekerja di salah satu rangkaian restoran makanan segera dan tugasnya di situ ialah sebagai penghantar makanan.

Pada satu hari, Dcard telah diminta untuk membuat penghantaran makanan di sebuah tapak pembinaan. Apabila dia melihat alamat penghantaran, Dcard menyedari bahawa tapak pembinaan itu hanya berada di seberang jalan berhadapan dengan restoran makanan segera tersebut.

Sekadar gambar hiasan

Apabila Dcard menghantar pesanan makanan itu, dia menyedari pelanggan tersebut adalah seorang pekerja pembinaan yang berusia dalam lingkungan 40-an sehingga 50-an.

Dcard berasa tidak puas hati dan merungut dengan berkata, “Kamu ini orang kurang upayakah? Restoran dekat depan sana sahaja, masih lagi mahu saya menghantar makanan untuk kamu di sini!”

Rungutan Dcard dengan nada yang keras itu telah didengari oleh pekerja pembinaan ini dan dia kemudian membuat penjelasan mengapa pesanan makanan itu dibuat.

Pekerja pembinaan itu berkata, “Terima kasih kerana menghantar makanan saya. Memang restoran ini dekat sahaja di depan sana itu dan saya boleh berjalan, tetapi saya terpaksa memanggil kamu untuk membuat penghantaran. Saya pekerja pembinaan dan pakaian saya kotor begini. Saya berasa segan untuk masuk ke restoran kamu dengan keadaan kotor, jadi saya terpaksa membuat pesanan melalui telefon dan memanggil kamu ke sini. Saya minta maaf kerana menyusahkan kamu.”

Sekadar gambar hiasan

Selepas mendengar penjelasan pekerja pembinaan itu, Dcard berasa malu dan bersalah. Hatinya yang berasa panas sebentar tadi dengan serta merta menjadi reda. Dia berasa amat bersalah kerana telah bersangka buruk dengan pekerja pembinaan ini.

Dcard dengan segera telah membalas, “Tidak, tidak perlu meminta maaf kepada saya. Orang yang sebenarnya dalam keadaan kotor ialah orang yang memandang rendah kepada kamu!”

Selepas mendengar perkataan Dcard, pekerja pembinaan ini mengucapkan terima kasih kerana telah menghantar makanannya dan beredar dari situ.

Selepas insiden tersebut, Dcard telah menjadi insaf dan mengakui kesalahannya sambil menyesali pandangan buruk dan berat sebelah kepada pekerja pembinaan sebelum ini. Dcard telah menulis di laman sosial, “Saya merasakan kita mempunyai fikiran serta sifat yang amat buruk dan sempit apabila hanya mengadili orang lain dengan penampilan mereka, dan kita tidak pun mengetahui bagaimana kehidupan sebenar mereka. Kita melihat penampilan mereka tetapi kita tidak mengetahui latar belakang mereka. Oleh itu, setiap dari kita sepatutnya menghormati orang lain yang bekerja keras dengan tidak mengira dalam bidang apa pun yang mereka ceburi.”

Sekadar gambar hiasan

Para netizen yang melihat mesej tersebut telah berkongsi dan memberi komen:

“Saya mempunyai saudara yang bekerja sebagai pekerja pembinaan dan apabila dia pulang ke rumah, keadaannya selalu berada dalam keletihan yang amat sangat.”

“Bahagian yang paling kotor di dunia ini ialah hati manusia yang kotor!”

“Pekerja pembinaan itu pasti berasa kecewa apabila mendengar perkataan tersebut. Masyarakat sepatutnya mempunyai perasaan bertimbang rasa dan belas kasihan terhadap orang lain.”

Sebagai pengajaran, kita sepatutnya melihat dan mengadili orang lain secara saksama sekiranya kita tidak mengetahui latar belakang dan kehidupan mereka. Penampilan semata-mata bukan ukurannya.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds