Tumbesaran anak-anak merupakan proses yang sangat penting bagi memastikan anak-anak membesar menjadi individu yang normal dan berkebolehan.

Dalam fasa ini, peranan yang harus dipikul oleh ibu bapa adalah penting supaya proses tumbesaran anak-anak tidak terganggu.

Untuk membolehkan anak berjalan, kita harus melatih mereka setiap hari supaya kaki mereka menjadi kuat dan boleh menampung berat badan. Setelah anak sudah boleh berjalan, kita pasti mahu mereka mahir dalam menggunakan tangan sendiri.

Oleh itu, para ibu bapa harus membantu anak-anak dengan melakukan beberapa pergerakan yang mampu menguatkan otot dan bahu serta sendi. Pergerakan-pergerakan ini juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran menulis anak-anak.

Melalui perkongsian di Facebook daripada seorang pakar kanak-kanak iaitu Ashikin Hashim, terdapat 11 jenis latihan yang boleh membantu merangsang saraf dan sendi tangan anak-anak agar menjadi lebih peka dan kuat.

Pergerakan-pergerakan ini dikatakan adalah pendekatan yang lebih baik berbanding memberikan anak latihan menulis tanpa sebarang latihan asas untuk menguatkan tangan mereka.

Sekiranya anak-anak tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat, mereka akan mudah merasa keletihan ketika menulis dan perkara ini pastinya akan mengganggu proses pembelajaran pada masa hadapan terutamanya sewaktu menjawab kertas peperiksaan.

Lihat 11 aktiviti di bawah yang dapat membantu menguatkan tangan dan bahu anak-anak agar mereka lebih mahir menulis.

#1 Merenyukkan kertas

#2 Menebuk kertas

#3 Menggunting

#4 Mengecop

#5 Mengoyakkan kertas

#6 ‘Peeling’ (mencabut pita pelekat)

#7 Bermain manik dan tali

#8 Bermain permainan manipulatif

#9 Menyusun permainan Lego

#10 Merangkak

#11 Mewarna dengan menggunakan tangan

Sumber: Facebook/Ashikin Hashim

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds