Aneh, Arkeologi, INSPIRASI, Misteri & Fenomena

Lelaki terjumpa terowong rahsia yang menuju ke bandar purba paling dalam di dunia semasa mengubahsuai rumah!

Lelaki terjumpa terowong rahsia yang menuju ke bandar purba paling dalam di dunia semasa mengubahsuai rumah!

Sedang membuat kerja-kerja pengubahsuaian rumah dan secara tiba-tiba, anda menemui satu bilik misteri yang menuju ke satu terowong gelap yang sangat panjang.

Setelah diselidiki, terowong tersebut sebenarnya akan membawa anda ke satu bandar bawah tanah yang dahulunya pernah didiami oleh manusia!

Kredit: Wikimedia Commons

Mungkin kedengaran seperti cerita khayalan tetapi ianya sebenarnya betul-betul berlaku! Ini bukan cobaan, ini betul-betul!

Situasi unik lagi luar biasa ini terjadi kepada seorang lelaki yang tinggal di Turki pada tahun 1963. Ketika sedang mengubahsuai rumahnya, dia telah menemui sebuah dinding yang menuju ke sebuah bandar tersorok di bawah tanah.

Kredit: Flickr

Bandar tersebut dikenali sebagai Derinkuyu.

Walaupun kewujudan bandar ini telah ‘menyepi’ dari pengetahuan ramai selama beratus-ratus tahun, keadaan Derinkuyu masih lagi terjaga dengan baik.

Kredit: Wikimedia Commons

Bandar ini juga dikatakan sebagai salah satu bandar di wilayah Cappadocia yang dibina menerusi batuan-batuan yang dikorek.

Terdapat banyak laluan masuk dan laluan keluar sepanjang terowong ini. Malah, ia turut menghubungkan bandar ini dengan sistem pengudaraan serta telaga.

Kredit: Flickr

Selain itu, walaupun Derinkuyu bukan bandar tertua yang pernah ditemui, Derinkuyu adalah sebuah bandar yang paling ‘dalam’.

Kredit: Wikimedia Commons

Menurut pakar, pembinaan bandar Derinkuyu ini yang berlaku di bawah tanah berkemungkinan untuk mengelakkan diri masyarakat pada zaman itu daripada ancaman peperangan atau bencana alam.

Kredit: Wikimedia Commons

Jika tiada siapa yang menemuinya, mungkin sejarah Derinkuyu akan terkubur buat selama-lamanya.

Namun terima kasih kepada seorang lelaki yang tiba-tiba mahu mengubahsuai rumahnya, bandar yang cantik dan unik ini pasti akan menjadi tarikan pelancong dan juga pengkaji.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...