Berita Hiburan, NASIONAL

Kontroversi lancar tudung di Zouk, Naelofar Hijab buat permohonan maaf secara terbuka di Instagram

Kontroversi lancar tudung di Zouk, Naelofar Hijab buat permohonan maaf secara terbuka di Instagram

KUALA LUMPUR – Terpalit dengan isu di kelab malam, usahawan, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa mengundurkan diri daripada menghadiri program Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerana enggan ‘mengganggu’ majlis tersebut dengan kontroversi membabitkan dirinya.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29 tahun memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat atas kerelaan dirinya sendiri setelah mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur.

Kredit: Instagram/neelofa

“Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”.

Nama Neelofa mula menjadi kecaman hangat netizen sejak kebelakangan ini setelah kontroversi membabitkan penganjuran majlis ulang tahun kelahiran dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di sebuah kelab malam terkenal.

Thank you Malaysia ? #BeLofabyNH

Noor Neelofa Mohd Noor(@neelofa)分享的貼文 於 張貼

Kredit: Instagram/neelofa

Ramai netizen mengkritik tindakan Neelofa yang tidak mencerminkan identiti seorang wanita Muslim selain pengumuman beliau yang menyatakan segala yang berlaku adalah mengikut kehendaknya dan beliau tidak mahu ambil peduli dengan teguran orang ramai.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Suri Hati Mr Pilot itu turut dikhabarkan telah mengikuti latihan persediaan bagi mengacarakan  program TN50 yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) namun terpaksa membatalkan pembabitan beliau di saat akhir.

Noor Neelofa Mohd Noor(@neelofa)分享的貼文 張貼

Kredit: Instagram/neelofa

“Sekali lagi, saya mohon maaf atas keputusan ini,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, kontroversi yang menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia dikatakan turut menyebabkan penurunan drastik kepada jumlah pengikut beliau di laman sosial Instagram.

Berdasarkan kepada semakan terkini, didapati kira-kira 100,000 pengguna Instagram telah pun ‘unfollow’ akaun Neelofa sekali gus menjadikan jumlah pengikut pengacara program MeleTop itu menurun daripada 5.5 juta kepada 5.4 juta sahaja.

Walaupun syarikat beliau iaitu Naelofar Hijab telah mengeluarkan kenyataan bagi memohon maaf mengenai isu tersebut, Neelofa terus-terusan mendapat kecaman dan kritikan hebat netizen selain ramai yang menyatakan mahu memboikot beliau.

Noor Neelofa Mohd Noor(@neelofa)分享的貼文 張貼

Kredit: Instagram/neelofa

Malah, rakan-rakan artis bertudung lain seperti Wardina dan Ziana Zain turut sempat memberikan nasihat supaya Neelofa menanamkan sifat rendah diri dan mahu menerima teguran agar dapat berubah menjadi insan yang lebih baik.

Pada masa yang sama, walaupun dihimpit dengan kecaman yang negatif sehingga membuatkan beliau terpaksa menutup ruangan komen di Instagram, koleksi tudung terbaharunya, Be Lofa dikatakan habis terjual dalam tempoh 24 jam sahaja.

Sumber: BH OnlineUtusan Online

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...