Ketika di bangku sekolah ada di antara kita belajar tentang sifat-sifat haiwan dan binatang liar oleh guru terutamanya pada subjek biologi. Namun bukan semua kita diajar sepenuhnya ketika di alam persekolahan.

Mari kita lihat 9 jenis ciri-ciri ataupun sifat haiwan yang kita belum ketahui lagi dan sesetengahnya membuatkan kita berasa kagum.

1. Burung Sparrowhawk menggunakan api untuk menyalakan rumput agar tikus Rodents akan keluar dari lubang persembunyian mereka

Sumber: © Reacher-Said-Nothing /reddit

Percaya atau tidak sesetengah kejadian kebakaran di hutan adalah disebabkan oleh burung.

Di Australia, ahli zoologi telah menyaksikan bahawa spesis burung Sparrowhawk dan burung pemangsa membawa rumpun yang berapi dan meletakkan ke atas rumput-rumput kering. Dengan melakukan ini, ia berjaya memaksa mangsa untuk keluar daripada tempat persembunyian.

2. Katak yang akan bekukan dirinya sendiri

Sumber: © SharkRancher/reddit

Katak jenis Alaskan Wood Frog secara amnya akan membekukan dirinya sendiri dari enam bulan hingga tujuh bulan.

Apabila musim beku datang, ia akan meliputi seluruh badan katak itu dengan ais mengakibatkan paru-paru, jantung dan darahnya berhenti berfungsi.

Spesis ini dikatakan mempunyai mekanisme cryoprotectant, mengurangkan takat beku darah dan cecair biologi untuk membantu ia bertahan semasa pembekuan itu sehinggalah musim bunga tiba, di mana katak itu akan kembali seperti biasa.

3. Ikan membentuk corak sarang geometri yang sempurna

Sumber: © unknown author / imgur

Corak geometri misteri terhasil di dasar Lautan Pasifik adalah dihasilkan oleh ikan buntal putih.

Corak yang menarik ini dihasilkan daripada serpihan-serpihan pasir halus dan aliran bergerakan air yang membantu ikan buntal putih untuk tujuan melindungkan diri pada persekitaran lautan.

4. Corak jalur pada haiwan Zebra bukanlah bertujuan untuk penyamaran

Sumber: © stevepb/pixabay

Ahli sains mendapati bahawa garis-garis hitam pada badan zebra bukan bertujuan sebagai penyamaran, tetapi sebaliknya berfungsi sebagai pelindung untuk melindungi dirinya daripada hinggapan serangga lalat tsetse dan horseflies.

Jalur-jalur garisan yang nipis itu menghalang minat serangga itu daripada menghinggapinya.

5. Alkohol membantu ikan untuk terus bertahan ketika musim sejuk yang melampau

Sumber: © timemit/deviantart.com

Apabila ikan emas merasakan pembekuan berlaku di permukaan dan dalam air, badan mereka akan menghasilkan etanol.

Protein khusus dalam badan ikan emas akan menghasilkan asid lactic memproses menjadi alkohol. Tahap etanol yang dikeluarkan akan melindungi membran sel nipis ikan daripada pecah apabila pembekuan air terhasil.

6. Ikan jerung besar tidak akan membaham anda

Sumber: © SharkRancher/reddit

Ikan jerung Basking ini adalah ikan kedua terbesar selepas ikan jerung Paus. Walaupun kelihatan seperti ikan jerung Basking dan ikan jerung Paus kelihatan mereka seolah-oleh boleh menelan ikan besar ataupun manusia.

Mereka tidak merbahaya dan hanya memakan plankton sahaja yang merupakan hidupan halus yang terapung-apung pada air. 

7. Biawak komodo sangat lemah

Sumber: © skeeze/pixabay

Walaupun kelihatan merbahaya dan mereka adalah spesis cicak yang terbesar di dunia. Biawak komodo ini mempunyai gigitan yang lebih lemah berbanding gigitan seekor kucing peliharaan rumah.

Jika ia ingin mengigit seseorang, dia akan merosakkan rahangnya sendiri. Tetapi, perlu diambil perhatian tentang bahaya air liurnya yang amat berbahaya kerana ia mengandungi racun yang menolongnya membunuh mangsa pemburuannya.

8. Ikan yang menakjubkan kepanjangannya adalah ikan King of the Herring

Sumber: © reddit

Dikatakan sebagai raksasa laut, ikan ini ditangkap beberapa tahun lalu berhampiran pulau perairan Santa Catalina.

Ikan ini diberikan nama sabagai ikan King of the Herring ataupun ikan reben yang ukuran panjangnya mencecah 5.5 meter (18 kaki).

Ikan ini juga memegang Rekod Dunia Guinness sebagai ikan tulang pendek yang mempunyai jangka hayat panjang. Rekod panjang yang pernah dicatat oelh ikan ini mencecah 11 meter (36 kaki). 

9. Cap jari beruang Koala hampir menyamai seperti cap jari manusia

Sumber: © io9.gizmodo.com

Ahli pengkaji Austrialia mendapati cap jari milik beruang koala hampir menyamai cap jari manusia, hinggakan pakar saintis menyatakan bahawa amat sukar untuk membezakan cap jari tersebut apabila menggunakan mikroskop untuk melihat secara terperinci.

Gambar di atas merujuk kepada sebelah kiri adalah milik beruang koala manakala cap jari manusia pula di sebelah kanan.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds