Setiap negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai perlembagaan masing-masing. Perlembagaan dan undang-undang wujud dalam masyarakat bertujuan menjamin kelangsungan sesebuah negara, menjamin kestabilannya, menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat, menegakkan keadilan serta memberi panduan dan kuasa kepada pemerintah. Justeru, perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik serta menjamin taat setia rakyat sesebuah negara itu.

Namun, ada negara yang menetapkan undang-undang yang pelik. Sebagai pelancong, kita harus mematuhi undang-undang negera yang kita kunjungi.

Berikut adalah beberapa undang-undang pelik:

#1. Australia.

© pixabay

  • Pada hari Ahad selepas jam 12 tengah hari, dilarang untuk berada di tempat awam dengan memakai seluar merah jambu.
  • Hanya juru elektrik yang berlesen dibenarkan menukar mentol lampu. Jika tidak, anda akan didenda!

#2. England.

© depositphotos   © depositphotos

  • Dilarang membersihkan karpet di jalanan. Amaran: jika anda ingin melakukannya, anda perlu menyelesaikannya sebelum jam 8 pagi.
  • Adalah dilarang memandu lembu melalui jalan-jalan dari jam 7 pagi hingga 10 malam, kecuali dengan izin polis.
  • Tidak berciuman di stesen keretapi. Dan ada juga tanda “Dilarang Bercium” di mana-mana. Kerajaan melarangnya kerana kelakuan itu dapat menyebabkan kelewatan kepada keretapi.

#3. Itali.

© depositphotos   © depositphotos

  • Sejak 2008, adalah haram untuk memberi makan burung merpati di St Mark’s Square di Venice, kerana najis mereka mengotorkan monumen dan bangunan bersejarah. Di samping itu, burung-burung diketahui membawa pelbagai penyakit berbahaya.
  • Di Eraclea, sebuah bandar berhampiran Venice, anda tidak dibenarkan membina istana pasir di pantai kerana menghalang orang untuk berjalan di sepanjang pantai.
  • Di Eboli, diharamkan berciuman di dalam kereta.
  • Di pulau Capri, mengenakan kasut yang berbunyi bising diharamkan.

#4. Singapura.

© depositphotos   © depositphotos

  • Gula-gula getah telah diharamkan di Singapura sejak tahun 1992. Orang-orang di sana percaya bahawa gula-gula getah dapat merosakkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar.

#5. Kanada.

© depositphotos   © depositphotos   © depositphotos   © depositphotos   © depositphotos

  • Mengikut undang-undang Kanada, 35% daripada semua kandungan yang disiarkan mestilah berasal dari Kanada dari jam 6 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Jumaat.

#6. Jepun.

© depositphotos   © depositphotos

  • Pada tahun 2008, negara ini memutuskan untuk melaksanakan peraturan saiz pinggang setiap orang di antara 40-74 tahun (tidak lebih daripada 86 cm [33.5 in] untuk lelaki dan 90 cm [35.5 in] bagi wanita). Begitulah cara Jepun menangani masalah kegemukan dan penyakit yang berkaitan. Pada tahun 2015, mereka yang “tidak mematuhi peraturan” akan didenda.

#7. India.

© depositphotos   © depositphotos   © depositphotos   © depositphotos

  • Pada 2016 “cukai lemak” dilaksanakan di negeri Kerala. Kadar cukai yang ditetapkan adalah 14.5% untuk hamburger, pizza, donat, dan hidangan berlemak lain yang disajikan di restoran.

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Share
Kategori: Aneh GLOBAL Kebudayaan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds