Ekonomi, NASIONAL

Lembah Klang bakal menerima dua buah lebuh raya dan enam plaza tol yang dijadualkan akan siap dibina menjelang 2020

Lembah Klang bakal menerima dua buah lebuh raya dan enam plaza tol yang dijadualkan akan siap dibina menjelang 2020

KUALA LUMPUR – Menjelang 2020 Lembah Klang bakal menyaksikan dua lagi projek lebuh raya yang akan siap dibina kawasan tersebut. Awal bulan lepas sebuah media tempatan pembinaan projek lebuhraya Lebuh raya Damansara – Lebuh raya Shah Alam (DASH) dan Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Walaupun lebuh raya ini dilhat penting untuk menyediakan laluan perhubungan yang lebih baik antara bandar serta dapat mengurangkan kesesakan di kawasan Lembah Klang, projek-projek itu walau bagaimanapun menerima banyak bantahan daripada penduduk yang terjejas akibat pembangunan ini.

Namun, kerja-kerja pembinaan masih berterusan dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) Datuk Mohammad Azlan Abdullah, kedua-dua projek itu dijangka siap menjelang akhir tahun 2019 dan akan dibuka kepada pengguna jalan raya menjelang 2020.

Sebanyak enam tol baru akan ditempatkan di sepanjang dua lebuh raya ini

Foto untuk tujuan ilustrasi sahaja

Laporan oleh Malaysiakini pada 27 Februari lalu ada menegaskan bahawa enam tol akan ditubuhkan di Lembah Klang apabila selesai projek DASH dan SUKE.

Tiga plaza tol akan ditempatkan di sepanjang DASH:

1. Plaza Tol Denai Alam
2. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM)
3. Plaza Tol Mutiara Damansara

Kredit:  DASH

Tiga lagi plaza tol akan dibina di sepanjang SUKE:

1. Plaza Alam Damai
2. Plaza Tol Bukit Teratai
3. Plaza Tol Ampang

 Kredit: SUKE

Namun begitu, masih tiada berita mengenai kadar tol yang bakal dikenakan kepada pengguna lebuh raya ini. Menurut laman web DASH dan SUKE caj tersebut masih lagi belum dipastikan. Kadar tol tersebut dikatakan akan dikira setelah projek tersebut selesai dilaksanakan.

Era Baru

Kategori:Ekonomi NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...