Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa warna kotoran telinga sebenarnya dapat memberitahu sedikit sebanyak tentang kesihatan kita. Tekstur dan warna kotoran sebenarnya sangat berkait dengan keadaan kesihatan seseorang, sama sepertinya dengan warna urin dan najis.

Berikut adalah beberapa jenis dan perkara yang perlu anda tahu tentang kotoran telinga anda, ia mungkin hanya kotoran telinga tetapi ia berkait dengan tahap kesihatan anda!

#1 Kuning, basah dan melekit

Warna dan tekstur ini adalah normal bagi orang dewasa.

#2 Kelabu

Jangan risau kerana itu mungkin terjadi kerana anda sedang mengalami proses pembersihan telinga. Tetapi jika anda mengalami ekzema (radang pada kulit) yang gatal atau kering, sila berjumpa doktor segera.

#3 Kuning pucat

Warna ini biasa bagi kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan lebih mudah dan kerap untuk menghsilkan earwax jika dibandingkan dengan orang dewasa.

#4 Gelap dan melekit

Kotoran telingan yang berwarna gelap dan melekit mungkin disebabkan anda banyak menghasilkan peluh. Semakin banyak peluh yang anda keluarkan, semakin gelap warna kotoran telinga anda. Tetapi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana anda berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

#5 Gelap dan tebal

Tahukah anda bahawa semakin anda sering tertekan semakin banyak kotoran telinga anda?

Hal ini berlaku kerana saluran telinga anda akan tersumbat seterusnya akan menyebabkan gangguan sementara pada pendengaran anda. Jadi, bersihkan telinga dengan kerap dan elakkan tekanan!

#6 Putih, kering dan bersaiz kecil

Keadaan seperti ini menunjukkan anda dalam keadaan normal dan apa yang paling penting, anda tidak mempunyai masalah dengan bau badan anda.

#7 Bersaiz agak besar dan berair

Keadaan ini juga normal tetapi jika kotoran telinga jenis ini anda dihasilkan dengan banyak dan bercampur darah ini menandakan ada masalah dengan gegendang telinga anda.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds