KUALA LUMPUR – Cyberjaya merupakan sebuah bandar yang mengagumkan – tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Ia dibangunkan daripada ladang kelapa sawit,  berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di dalam daerah SepangSelangor. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar dan mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

wonderfulmalaysia

Baru-baru ini, NST melaporkan pada 23 Februari, syarikat milik kerajaan Cyberview Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama dengan pihak SK Group bagi membangunkan Bandar Pintar Lautan Biru pertama di Malaysia yang turut dilengkapi dengan teknologi 5G dan infrastruktur bandar pintar.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerjasama kerajaan dengan SK Group berlandaskan konsep baru dan menggunakan data yang besar.  Usaha ini muncul setelah Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kumpulan Ali-Baba dalam penyediaan sistem kawalan AI untuk trafik di Kuala Lumpur.

“Syarat, insentif, dan sokongan yang diperlukan telah disediakan. Kepakaran SK Group dalam bidang ini, digabungkan dengan visi strategik Cyberview untuk membina bandar pintar, akan membantu menyampaikan perubahan transformasi dalam infrastruktur, teknologi, dan pentingnya kehidupan kota-kota kita,” ucap beliau semasa majlis tandatangan berkenaan. Beliau juga berharap agar Cyberjaya akan dijadikan bandar contoh di Malaysia dan di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif SK Telecom, Park Jung Ho, berkata pihaknya berhasrat untuk menguji teknologi 5G di negara ini di Cyberjaya serentak dengan yang akan dilakukan syarikat itu di negaranya pada akhir tahun ini.

“Kami berharap kerajaan (Malaysia) boleh menyediakan spektrum untuk 5G kerana kami memerlukan peralatan dan infrastruktur yang sesuai untuk melancarkan teknologi ini. Kami menjangkakan untuk menguji 5G di Korea Selatan pada tahun ini dan berharap dapat berbuat demikian serentak di Malaysia,” kata Park Jung Ho.

Krify

Menurut Park Jung Ho, ujian beta yang lebih cepat dijalankan di Malaysia adalah kerana kerajaan Malaysia telah menyediakan persekitaran yang lebih terbuka, terutamanya daripada segi undang-undang untuk projek 5G. Untuk makluman anda, faedah utama teknologi 5G ini adalah:

#1.Lebih laju – Jangan risau video anda tersangkut lagi. Resolusi tinggi dan jalur lebar yang lebih besar.

#2. Kapasiti lebih besar – 1,000 kali ganda daripada 4G.

#3. Stabil – Sambungan internet tanpa gangguan dan lebih konsisten.

Sumber: NST

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds