Coby Persin, berumur 23 tahun merupakan seorang penyiar video youtube yang terkenal dengan video gurauannya dan juga eksperimen sosial.

Dalam video eksperimen sosial terkini berdasarkan pepatah “jangan meghakimi orang melalui paras rupa”, beliau sendiri akan berpakaian seperti gelandangan dan melihat pandangan ataupun layanan orang ramai terhadapnya terutama kepada pelayan restoran.

Untuk membuktikan bahawa penampilan sentiasa memainkan pandangan orang, Coby Persin menguji pelayan restoran di Florida, New York untuk melihat bagaimana mereka akan bertindak balas kepada seseorang yang berpakaian serba kekurangan lebih-lebih lagi seperti gelandangan.

Seperti yang disangka oleh Coby, pelayan itu menghalau beliau serta merta keluar daripada restoran itu dengan menyatakkan bahawa harga makanan daripada menu restoran itu terlalu mahal bagi kemampuan Coby.

Coby berusaha untuk memujuk pelayan restoran dengan hormat jika mereka boleh menimbangkan permintaan beliau. Namum mereka tetap berkeras dan berusaha tidak membenarkan beliau masuk.

Coby terpaksa akur dengan tindakan pelayan itu dan mengundur. Selepas itu Coby menghubungi rakannya yang menyamar sebagai pemandu peribadi beliau Ronaldo.

Ronaldo memandu dengan membawa kereta jenis Roll Royce, membuat orang di sekitar restoran itu tergaman apatah lagi pelayan restoran itu.

Sumber: Youtube/Coby Persin

Penyiar video youtube, Coby Persin 23 tahun menyamar sebagai gelandangan untuk video eksperimen sosialnya.

Pelayan restoran meminta Coby agar meninggalkan kawasan itu walaupun beliau hanya berdiri di situ.

Selepas diarah untuk beredar, Coby menelefon rakannya Ronaldo.

Ronaldo tiba di restoran tersebut dengan memandu kereta Roll Royce dengan gayanya.

Coby mengarah Ronaldo agar mengeluarkan beg galas yang penuh dengan wang tunai di belakang but kereta.

Sarat dengan wang tunai, Ronaldo mengeluarkan beg galas yang disimpan di belakang but kereta

Coby menunjukkan beg galas yang penuh dengan wang tunai kepada pelayan restoran tersebut.

Ikuti kisah di bawah dalam video yang berdurasi selama 3 minit ini, Coby Persin dilihat berpakaian seperti gelandangan sambil membawa beg sampah yang besar sebelum meminta untuk diberikan tempat duduk oleh pelayan restoran yang bertugas itu.

Sumber: dailymail.co.uk

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds