Sejak kecil, wanita ini menderita penyakit asma yang teruk, dan kemudian dalam usaha memulihkan penyakitnya, beliau telah tercedera sehingga hampir menyebabkan diri menjadi lumpuh. Namun, penyakitnya beransur pulih dalam masa tiga hari setelah menemui teknik pemulihan melalui amalan yang telah dilakukan di China sejak berabad yang lalu. Ikuti kisah pemulihan menakjubkan daripada wanita ini.

Sakit semenjak kecil

Sejak dilahirkan saya sering sakit dan merupakan kanak-kanak yang lemah sistem imunnya sehingga ubat-ubatan menjadi teman setia saya. Terdapat satu ruang khas di dalam laci kabinet yang menyimpan segala jenis ubat-ubatan untuk saya.

Sebaik sahaja ketibaan musim sejuk, penyakit asma saya menjadi sangat teruk sehingga saya mengalami kesukaran untuk bernafas baik pada waktu siang atau malam. Ibu saya akan berjaga sepanjang malam untuk menjaga saya. Walaupun hanya baru sebentar berjalan dan mengambil angin di taman, tangan dan muka saya akan mula membengkak.

Kredit foto: Guiying Zhang

Saya tidak dapat pergi ke sekolah seperti mana seorang kanak-kanak yang lain. Dalam seminggu, saya akan bercuti selama beberapa hari kerana sakit. Ketika berada di sekolah, penyakit asma akan datang secara tiba-tiba walaupun saya hanya duduk di dalam kelas. Saya berpura-pura sihat dengan menahan kesakitan kerana tidak mahu menganggu pelajar yang lain, sehingga kadangkala muka menjadi biru.

Sudah jatuh ditimpa tangga

Dalam usaha memulihkan penyakit dan keadaan kesihatan, saya telah menyertai pelbagai amalan dan bentuk senaman yang menumpukan kepada bahagian pernafasan seperti qigong, seni mempertahan diri dan yoga semasa berada di sekolah menengah.

Pada suatu hari semasa sedang berlatih yoga, tulang belakang saya telah tercedera dan akibatnya ia telah rosak sehingga saya tidak boleh bergerak. Setelah pemeriksaan dilakukan, saya telah didiagnos dengan ‘cervical spondylosis’ sejenis penyakit yang menyerang saraf tunjang. Keadaan ini telah menambah lagi penderitaan sedia ada yang saya alami.

Selepas melanjutkan pengajian di universiti, keadaan penyakit saya bertambah teruk. Apabila saraf tunjang diserang ‘cervical spondylosis’, saya tidak boleh makan, menulis dan tidak tahan dengan cahaya. Di asrama, kami berkongsi bilik dengan tidur di katil dua tingkat. Jadi untuk mengelak cahaya, saya telah menutup katil dengan langsir setiap hari. Oleh kerana tidak boleh makan, saya hanya minum air untuk terus bertahan.

Para doktor berkata pembedahan tidak boleh dilakukan oleh kerana kerosakan tulang belakang berada di posisi berisiko tinggi. Dan tiada rawatan khusus untuk memulihkan penyakit ini juga. Mereka juga berkata apabila saya ketawa atau keletihan kerana bekerja, ia juga boleh menyebabkan ‘paraplegia’, penyakit lumpuh sepenuhnya di bahagian bawah badan. Saya berasa sangat kecewa dan sedih kerana saya baharu sahaja memasuki umur dewasa tetapi sudah dapat melihat masa depan saya yang tidak menentu.

Titik perubahan yang ajaib lagi mengagumkan

Semasa saya berada dalam keadaan terdesak untuk mencari jalan penyelesaian, rakan sekelas saya telah memperkenalkan satu disiplin kerohanian yang berasal dari China dipanggil Falun Dafa kepada saya. Saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini tetapi berfikir tiada salahnya jika saya mencuba.

Terdapat satu kawasan latihan yang telah disediakan berdekatan universiti dan saya telah pergi ke sana pada pukul 4 petang. Semasa menghampiri kawasan itu, saya telah melihat ramai orang yang sedang mengalun tangan mereka melakukan senaman Falun Dafa tahap kedua yang dipanggil ‘Falun Standing Stance’ atau ‘Holding the Wheel’ .

Untuk pengetahuan, saya dapat melihat setiap seorang daripada mereka memegang sebuah roda yang sedang berpusing di tangan mereka, suatu perkara yang orang normal lain tidak dapat melihatnya. Saya juga dapat melihat satu cahaya merah menyinari kawasan latihan itu. Saya menjadi begitu terpesona bersama rasa terpukau kerana tahu telah melihat satu pengalaman bersifat rohaniah dan suci.

Kredit foto: minghui.org

Saya mula mempelajari Falun Dafa dengan serta merta. Agak mengagumkan, selepas dua hari mengikuti latihan, penyakit ‘cervical spondylosis’ tidak menyerang saraf tunjang saya lagi. Apabila saya berbaring di atas katil, kaki dan paha saya berasa sangat lemah sehingga tidak mampu untuk bangun. Tetapi saya telah bertekad untuk melakukan latihan senaman, dan dengan usaha yang gigih saya telah sampai juga ke tempat latihan tersebut.

Apabila saya melakukan latihan senaman tahap ketiga dipanggil ‘Penetrating the Two Cosmic Extremes’, saya merasai terdapat satu bahan seperti keju yang putih dan hangat telah turun dari atas kepala saya terus menuju ke hujung kaki. Pada detik itu, segala rasa kesakitan, keperitan serta perasaan lemah dan berat itu telah lenyap sama sekali. Saya berasa sangat selesa dan ringan. Satu perasaan yang amat luar biasa.

Semenjak dari hari itu, penyakit ‘cervical spondylosis’ tersebut telah hilang dan tidak kembali lagi. Dalam masa tiga hari, satu masalah yang menghantui saya sejak sekian lama tanpa boleh dipulihkan dengan perubatan moden telah hilang dengan begitu sahaja. Semuannya dengan mengamalkan latihan senaman purba ini.

Kredit foto: Guiying Zhang

Semenjak kecil, saya tidak pernah mengalami perasaan ‘bebas daripada sebarang penyakit’. Kini buat pertama kali dalam hidup ini, saya dapat mengalami perasaan gembira kerana berasa sihat dan bebas melakukan apa sahaja tanpa berasa bimbang penyakit akan menyerang pada bila-bila masa.

Selepas menamatkan pengajian, saya menjadi pakar perubatan. Menjadi seorang doktor memerlukan kerja keras dan terpaksa berjaga malam dengan kerap. Ada rakan setugas saya yang hampir pengsan dan keletihan kerana tidak tahan dengan bebanan kerja yang banyak. Tetapi ia tidak mengganggu tubuh badan  dan pemikiran saya sama sekali.

Melihat cara pemulihan dan keajaiban ini telah mengubah kehidupan saya, teman lelaki saya dan ahli keluarganya bersama keluarga saya seramai 20 orang semuanya telah mengamalkan Falun Dafa. Kami mendapat manfaat yang besar dengan mengamalkan senaman ini dan setiap seorang daripada kami mempunyai kisah untuk diceritakan.

Kami berasa amat bertuah dan bersyukur kerana telah berpeluang mengenali Falun Dafa. Kami berkongsi kisah ini dengan harapan untuk memberi manfaat kepada yang lain juga.

Guiying Zhang ialah pengamal perubatan yang berusia 44 tahun dari China. Kini beliau menjadi seorang ahli herba yang telah menetap di Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Nota:

Falun Dafa ialah satu amalan pemupukan di minda dan tubuh badan yang mengajar dan menerapkan unsur Sejati, Baik dan Sabar sebagai satu usaha untuk memperbaiki tahap kesihatan, perwatakan dari segi moral dan mencapai tahap kebijaksaan secara spiritual.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds