Pengkaji temui bukti kegiatan pemburuan paus berusia 1,500 tahun yang sungguh menakjubkan! Axuricca 22/02/2018 tweet Related Posts Mulutnya mungkin kecil tetapi lihat apa yang mampu dimasukkan ke dalam mulutnya, sekejap sahaja habis sebatang sayur! Kucing adalah binatang yang ‘menjengkelkan’ dan ini buktinya Cantik dan enak! Resepi agar-agar tembikai yang tular ini boleh dijadikan sebagai pencuci mulut Peserta Malaysia telah memenangi anugerah Pertandingan Fotografi Dunia, dan ini gambarnya Unik! Lelaki ini memanggil kuda datang kepadanya dengan menggunakan bagpipe dan memainkan lagu berhantu Scotland Share this on WhatsAppSekitar 1,500 tahun yang lalu di kawasan Gurun Atacama, Chile menjadi saksi kepada kegiatan pemburuan ikan paus oleh ramai manusia zaman itu. Dengan menggunakan lembing dan rakit, pemburu-pemburu yang dahulunya pernah tinggal di tanah paling gersang dunia menjadikan aktiviti memburu ikan paus ini sebagai aktiviti utama. Bukti akan kewujudan pemburuan tradisional ini boleh dilihat pada ukiran dan lukisan gambar pada batuan-batuan di sekitar kawasan tersebut. Menurut ahli arkeologi, selain ikan paus, terdapat beberapa lagi hidupan laut lain yang turut dilihat tersemat pada dinding-dinding batu besar. Antaranya adalah anjing laut dan juga jerung. Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan di dalam jurnal Antiquity, penyelidik berjaya merungkaikan secara kritis mengenai kegiatan pemburuan laut yang dijalankan oleh manusia pada zaman itu melalui penceritaan yang ditafsirkan daripada lukisan pada batu. Pakar antropologi pertama kali menemui seni batuan di kawasan Chile ini adalah pada awal abad ke-20. Dikatakan seni batuan pertama yang berjaya direkodkan terletak di antara kawasan laut dan juga gurun yang dinamakan Lembah El Médano. Otago Daily Times Walau bagaimanapun, kewujudan lukisan-lukisan ini hanya diketahui oleh penduduk Paposo yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan. Bukan sahaja itu, pengkaji turut menemui beberapa lagi lukisan di dinding gua yang ditemui beberapa batu arah utara dari El Médino iaitu di sebuah tapak bersejarah yang dikenali sebagai Izcuña. Di Izcuña, terdapat lebih daripada 328 lukisan yang berbeza telah ditemui pada 24 batuan besar. Kebanyakan daripadanya telah mengalami kemusnahan akibat kewujudan agen penghakis seperti hujan yang menghakis lukisan-lukisan tersebut. Antara lukisan yang sering terpampang pada batuan ini adalah lukisan yang menyerupai ikan gergasi dan juga adegan pemburuan dengan menggunakan rakit serta senjata tertentu. Menurut penulis kajian berkenaan iaitu Benjamín Ballester, “Pemburuan diwakili amalan khusus yang dijalankan secara bersepadu dan diketuai oleh beberapa orang terpilih”. Selain penemuan seni purba, imej-imej ini turut boleh dijadikan sebagai bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa kegiatan pemburuan hidupan laut merupakan salah satu kegiatan utama dan penting bagi masyarakat pada ketika itu. Tambah Ballester lagi, dengan melihat artifak-artifak dan lukisan ini secara bersama membolehkan para arkeologi memahami sisi kehidupan masyarakat Chile pada zaman dahulu. tropical tours “Pemburuan hidupan laut merupakan elemen penting dalam kehidupan mereka dan hal ini menunjukkan bahawa masyarakat ini merupakan pakar dalam kegiatan pemburuan ikan besar”. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:Arkeologi INSPIRASI ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Bermacam gelagat beruang dan panda yang sungguh melucukan, boleh saya bawa mereka pulang ke rumah? Kesan rokok terhadap paru-paru dan trakea selepas eksperimen dijalankan, lihat hasil akhirnya, mengerikan! Sukan air yang belum pernah anda lihat sebelum ini, nampaknya mereka memang kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru seperti ini! Tonton hingga habis! Mereka tidak perlukan drum yang mahal kerana dengan beberapa batang sudu muzik indah dapat dihasilkan! Memang seronok bermain salji, tetapi jangan lupa ia adalah ais yang licin, bila-bila anda boleh tergelincir! Pilihan Editor Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah Vintaj! Rupa buku katalog IKEA daripada tahun 1951 hingga 2000, lihat bagaimana rupa perabot IKEA zaman dahulu Peserta Malaysia telah memenangi anugerah Pertandingan Fotografi Dunia, dan ini gambarnya Ketahui kebaikan berus gigi buluh berbanding berus gigi plastik dan mengapa anda perlu mendapatkannya Anak monyet yang cedera bertemu ‘ibu angkat’ dan ikatan perhubungan yang dibina oleh mereka pasti akan menyentuh perasaan anda Tekad meninggalkan pekerjaan bergaji RM4 ribu sebulan, lelaki ini memilih untuk menjadi petani timun 2018-02-22 Axuricca