Asia, GLOBAL

Guna kertas lambang wang ‘neraka’ sebagai hiasan sempena Tahun Baru Cina, sebuah pusat beli-belah di Filipina dikritik netizen

Guna kertas lambang wang ‘neraka’ sebagai hiasan sempena Tahun Baru Cina, sebuah pusat beli-belah di Filipina dikritik netizen

Walaupun perayaan Tahun Baru Cina hampir seminggu berlalu tetapi kehangatannya masih terasa sehingga kini. Lampu-lampu masih tergantung, ditambah lagi dengan perhiasan berwarna merah di segenap ruang dan tempat awam memeriahkan lagi suasana perayaan.

Walau bagaimanapun, beberapa hiasan di pusat beli-belah di Filipina nampaknya tidak begitu ‘menjadi’ kali ini apabila hiasan mereka dilihat sebagai sebuah penghinaan buat masyarakat Cina.

Hal ini kerana, di samping menggunakan kertas merah bercorak nanas yang melambangkan kekayaan, nasib baik dan kemakmuran, kertas hiasan bercorak wang neraka juga dapat dilihat digantung bersama, kata Mothership.

Sumber: Mothership

Bagi yang tidak tahu akan tradisi asyarakat Cina ini, nota/wang neraka ialah sesuatu yang dibakar semasa pemakaman atau pada perayaan-perayaan tertentu dalam masyarakat Cina. Ini adalah bentuk mata wang yang digunakan oleh si mati ketika berada di alam selepas itu atau ‘akhirat’ untuk menyelesaikan masalah kewangan nenek moyang mereka.

Gambar-gambar dekorasi itu dengan pantas tersebar di internet dan perkara ini telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen, baik orang Filipina mahupun di luar negeri.

Selepas menerima tindak balas dan kritikan daripada orang ramai, pusat beli-belah, Ayala Malls The 30th, telah mengeluarkan penyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Mereka mengatakan kekesalan atas apa yang berlaku dan telah mengarahkan supaya hiasan itu diturunkan segera. Mereka juga berjanji akan lebih peka akan hal-hal sensitif seperti ini pada masa akan datang.

Walaupun demikian, permintaan maaf mereka tidak memuaskan semua orang. Beberapa orang netizen masih tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

Ada yang mengatakan bahawa individu yang melakukan hiasan itu seharusnya dipecat kerana perbuatan itu adalah satu penghinaan. Ada yang menambah bahawa pihak pusat beli-belah seharusnya mengakui kesilapan mereka kerana mereka sendiri yang memberi kebenaran untuk menggunakan hiasan tersebut.

Sumber: Facebook

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...