Zaman ini, semua individu mahu kelihatan cantik dan definisi cantik bagi ramai individu adalah berkulit putih, mempunyai badan yang langsing, kulit wajah yang sempurna tanpa cacat cela dan sebagainya.

Untuk menjadi manusia yang ‘sempurna dan cantik’, ramai individu cenderung untuk mengambil pelbagai jenis produk kecantikan tanpa memikirkan kesan sampingannya kepada kesihatan diri masing-masing.

Kredit: NUTRA

Pengambilan ubat-ubatan tanpa saranan pakar boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan memandangkan produk-produk ini kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang tinggi.

Kredit: Twitter/Amalina Bakri

Isu penggunaan produk kecantikan yang tidak diiktiraf ini turut mendapat perhatian daripada Dr Amalina Bakri yang memiliki pencapaian luar biasa.

Bermula dari pengajian di peringkat A-Level, United Kingdom, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda perubatan di Universiti Edinburgh.

Kemudian, beliau terus mencipta kejayaan dengan memperoleh satu lagi ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi.

Kredit: MyNewsHub

Menerusi akaun Twitter miliknya, Dr Amalina telah mengutarakan kebimbangan mengenai penggunaan supplement secara berleluasa dalam kalangan masyarakat demi tampil lebih cantik.

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Jelas beliau, trend terkini masyarakat yang cenderung untuk mendapatkan produk kecantikan yang dijual secara atas talian sebenarnya boleh mengundang bahaya untuk kesihatan.

Walaupun produk-produk berkenaan dilampirkan dengan testimoni daripada pelanggan terdahulu yang pernah menggunakannya, penggunaan produk ini tidak harus diteruskan terutamanya jika ia tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ada betulnya pendapat Dr Amalina itu. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempercayai testimoni yang dikeluarkan oleh penjual. Hal ini demikian kerana kesemua itu boleh dirancang atau dilakukan sendiri oleh pihak-pihak tertentu bagi memperdayakan pelanggan.

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Tambah beliau lagi, pengiklanan yang disiarkan di media sosial haruslah mempunyai lesen kelulusan bagi menjamin kesahihan produk tersebut. Pihak penjual tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan iklan palsu yang bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk terbabit.

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Dalam masa yang sama, Dr Amalina turut sempat kongsikan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan di mana-mana medium mengikut Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956). Penyakit-penyakit yang tersenarai adalah seperti di bawah:

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Dr Amalina turut menegaskan masyarakat supaya sentiasa mengutamakan kesihatan kerana ia bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Kredit: Twitter @DrAmalinaBakri

Sebaiknya, jika mahukan bentuk badan yang diidamkan atau kulit yang berseri, gunakanlah produk yang telah diluluskan oleh KKM dan jangan sesekali mengambil langkah yang mudah serta cepat.

Sumber: Twitter @DrAmalinaBakri

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds