Setiap hari keajaiban boleh terjadi dengan takdir yang telah ditentukan. Seorang wanita yang sedang hamil 3 bulan telah berjaya keluar daripada tragedi kebakaran dahsyat yang memusnahkan keseluruhan bangunan pangsapuri tempat tinggalnya.

Pada malam kejadian, Maryam Adam dan suaminya, Abdul Wahad sedang tidur nyenyak di dalam bilik pangsapuri mereka yang berada di tingkat 4 apabila seorang jiran, Behailu Kebede yang baru pulang daripada memandu teksi telah mengetuk pintu pangsapuri dan membunyikan penggera keselamatan. Kebakaran sedang berlaku.

Kredit : Wikipedia

Maryam dan suaminya telah bangun dan keluar dari pangsapuri mereka dan berkata, “Saya melihat ada asap kecil yang keluar dari pintu pangsapuri nombor 16 tetapi tidak terfikir ia membahayakan. Saya berkata kepada suami untuk kembali masuk tidur kerana saya berasa tidak sihat pada ketika itu.”

Tetapi Abdul Wahad berasa khuatir dan bahaya yang akan menimpa isterinya yang sedang mengandung lalu mengambil keputusan membawanya turun ke tingkat bawah.

Kredit : Evening Standard

Dalam perjalanan ke tingkat 1, pergerakan mereka telah diperlahankan oleh jiran mereka yang berada di pangsapuri nombor 15 yang baru berpindah dan memiliki anak kecil. Barang-barang mereka masih berada di hadapan pintu pangsapuri dan belum dikemaskan sepenuhnya.

Ketika mereka sedang cuba bergegas keluar ke tingkat bawah, tiba-tiba api menjadi marak secara luar biasa.

Dalam masa 40 minit, pemandangan di dalam bangunan pangsapuri itu menjadi huru-hara, dengan api dan asap tebal telah merebak dengan cepat dan menjilat keseluruhan bangunan pangsapuri itu. Mengimbau sekali lagi tragedi itu, ia benar-benar amat mengerikan.

Kredit : AP

Enam bulan selepas kejadian kebakaran tersebut, Maryam telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel bernama Mohammed.

Maryam amat bersyukur kerana tragedi itu tidak memberi kesan yang amat besar kepada dirinya dan bayi Mohammed yang telah berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas suaminya.

Kredit : Daily Mirror

Bayi Mohammed adalah mangsa terselamat termuda dalam tragedi kebakaran bangunan pangsapuri Grenfell Tower di London pada 14 Jun 2017 yang telah mengorbankan 71 orang penghuni.

Maryam berkata, “Apabila Mohammed membesar kelak, saya akan menceritakan kejadian ini kepadanya. Saya akan memberitahunya yang dia adalah anak yang kuat dan berani. Saya amat bersyukur kerana Tuhan telah melindungi kami sekeluarga.”

Kredit : Daily Mirror

Selepas tragedi kebakaran tersebut, Abdul Wahad telah memutuskan untuk membina rumah sendiri dan tidak mahu tinggal di bangunan pangsapuri bertingkat tinggi lagi.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds