Tentu anda pernah mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba bukan? Pendarahan hidung bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak malah turut dialami oleh orang dewasa. Namun pendarahan tanpa henti pada hidung mengundang panik dalam kalangan orang dewasa.

Gambar sekadar hiasan

Pendarahan hidung atau epistaksis berlaku apabila kapilari (salur darah yang paling halus) yang terdapat di rongga hidung pecah akibat beberapa punca seperti kecederaan, udara terlalu sejuk atau kering dan perbuatan menghembus hidung dengan kuat.

Selain itu, terlalu kerap bersin dan jangkitan sinus juga antara punca yang menyebabkan berlakunya pendarahan hidung. Jika seseorang menghidap penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung dan tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan pendarahan hidung.

Gambar sekadar hiasan

Pendarahan hidung atau epistaksis terbahagi kepada dua keadaan iaitu pendarahan di bahagian hadapan dan pendarahan di bahagian belakang.

Pada setiap kes pendarahan hidung, lebih 90 peratus berlaku di bahagian hadapan dan melibatkan sebelah hidung sahaja atau kedua-dua belah hidung, namun ia mudah dihentikan. Manakala 10 peratus pula berlaku di bahagian belakang dan lebih berbahaya kerana pendarahan berlaku dengan lebih banyak.

Risiko yang dihadapi oleh seseorang yang mengalami pendarahan teruk ialah ia akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. Pesakit juga berisiko tersedut darah masuk ke dalam paru-paru dan ia akan sukar dikawal.

Berikut adalah rawatan segera yang boleh dilakukan oleh pesakit yang mengalami pendarahan hidung dan yang paling penting, bertenang dan jangan panik!

  • Duduk dan tundukkan kepala ke hadapan.
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang lembut selama 10 minit.

  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata.
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah sudah berhenti atau tidak.
  • Elakkan daripada bersin, menghembus atau mengorek hidung.
  • Elakkan atau kurangkan makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan keradangan pada lapisan hidung.
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan sekiranya darah masih lagi mengalir keluar.

Sumber: Metro

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds