Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita mengenai kekurangan bekalan ayam sehingga menyebabkan dua pertiga daripada premis Kentucky Fried Chicken (KFC) di United Kingdom terpaksa ditutup.

Masalah ini dikatakan berpunca daripada perubahan kontrak penghantaran kepada DHL minggu lalu dan syarikat dari Jerman itu dikatakan telah gagal menghantar bekalan ayam yang secukupnya.

Menurut KFC, lebih 700 daripada 900 cawangannya di seluruh Britain terpaksa ditutup sejak hujung minggu  lalu sementara ada cawangan KFC yang hanya menawarkan menu terhad atau waktu operasi lebih singkat.

“Mendapatkan ayam segar untuk 900 restoran di seluruh negara adalah sesuatu yang rumit,” tambah syarikat itu lagi.

Pihak KFC kemudian muncul dengan kenyataan maaf atas masalah yang telah menyebabkan kekecewaan para pelanggan yang mahukan ayam goreng dari restoran terkenal itu sejak beberapa hari lalu.

“Kami memohon maaf,” kata kenyataan itu lagi dan memaklumkan pihaknya telah membuka laman web khusus untuk membolehkan pelanggan mengetahui akan lokasi restoran KFC yang masih beroperasi.

Menurut jurucakap syarikat itu lagi, mereka sendiri masih tidak tahu bila krisis ini akan berkahir. Sementara itu, syarikat DHL di sisi lain turut mengeluarkan kenyataan berasingan dengan mengatakan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah

Video Popular

Ad will display in 09 seconds