Gaji merupakan satu isu yang sensitif untuk ditanyakan kepada sesiapa, malah dengan rakan-rakan sendiri. Namun, gaji presiden dan perdana menteri sesebuah negara merupakan satu perkara umum yang tidak perlu dirahsiakan.

Tahukah anda gaji Donald Trump jauh lebih rendah daripada gaji anda? Namun, rakan sekerjanya daripada beberapa buah negara lain tidaklah serendah gajinya. Malah, tahukah anda gaji Perdana Menteri sebuah negara kecil yang mengalahkan gaji presiden dan perdana menteri negara-negara seperti Austria, Switzerland, Kanada, Russia dan Australia?

#1 Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat – $1 (RM3.89) setahun.

Kredit foto: Shealah Craighead/Wikipedia

Donald Trump telah menolak gaji sebagai seorang presiden yang berjumlah sebanyak $400,000 (RM1,557,680) setahun ($33,000 (RM128,508.60) sebulan, $1,095 (RM4,264.15) sehari) dan mengatakan dia akan dibayar sebanyak $1 (RM3.89) setahun sahaja.

Ini pun kerana dia tidak boleh dibayar kurang daripada jumlah itu di sisi undang-undang. Tidak hairanlah jika Trump menolak gajinya itu, memandangkan nilai empayarnya sendiri berjumlah $3 bilion (RM11.68 bilion).

Selain Trump, presiden lain seperti Herbert Hoover dan John F. Kennedy juga bekerja secara percuma.

Gaji bulanan minimum di Amerika Syarikat ialah $1,160.2 (RM4,518.05).

#2 Petro Poroshenko, Presiden Ukraine – $12,200 (RM47,509.24) setahun.

Kredit foto: Адміністрація Президента України/Wikimedia

Presiden Ukraine ini memperoleh sebanyak $12,200 (RM47,509.24) setahun ($1,018 (RM3,964.30) sebulan, $33 (RM128.51) sehari). Menurut Forbes, Petro Poroshenko merupakan individu keenam terkaya di Ukraine. Hartanya dianggarkan bernilai lebih kurang $1.3 bilion (RM5.06 bilion).

Gaji bulanan minimum di Ukraine ialah sebanyak $133 (RM517.93).

#3 Xi Jinping, Presiden Republik China – $20,593 (RM80,193.26) setahun.

Kredit foto: Narendra Modi/Wikimedia

Xi Jinpin memperoleh gaji yang sederhana sahaja, iaitu sebanyak $20,593 (RM80,193.26) setahun ($1,716  (RM6,682.45) sebulan, $56 (RM218.08) sehari). Pemimpin republik ini mempunyai gaji yang sama semenjak tahun 2015 selepas peningkatan sebanyak 65% berbanding sebelumnya!

Xi Jinping, isteri dan anak perempuannya tidak mempunyai sebarang perniagaan sendiri namun jumlah harta yang dikumpulkan oleh saudara maranya mencecah $376 juta (RM1464.22 juta).

Gaji bulaan minimum di China ialah sebanyak $150 (RM584.13) hingga $300 (RM1,168.26) bergantung kepada undang-undang di wilayah tersendiri.

#4 Sauli Niinisto, Presiden Finland – $146,700 (RM571,279.14) setahun.

Kredit foto: Michał Józefaciuk – Senat Rzeczypospolitej Polskiej/Wikipedia

Presiden salah sebuah negara terkaya di dunia telah dilantik untuk tempoh kedua baru-baru ini. Niinisto memperoleh gaji sebanyak $146,700 (RM571,279.14) setahun ($12,225 sebulan (RM47,606.60), $402 (RM1,565.47) sehari).

Gaji bulanan minimum di Finland tidak dihadkan melalui undang-undang. Namun, menurut sumber lain, ada yang mengatakan gaji bulanan minimum di Finland ialah dalam anggaran $2,000 (RM7,788.40).

#5 Vladimir Putin, Presiden Rusia – $151,000 (RM588,024.20) setahun.

Kredit foto: Kremlin.ru/Wikimedia

Vlaidimir Putin memperoleh $151,032 (RM588,024.20) setahun ($12,586 (RM49,012.40) sebulan, $414 (RM1,612.20) sehari).

#6 Theresa May, Perdana Menteri United Kingdom – $198,500 (RM772,998.70) setahun.

Kredit foto: Controller of Her Majesty’s Stationery Office/Wikipadia

Pemimpin wanita ini sangat tegas dalam kepimpinannya. Dia memperoleh gaji sebanyak $198,500 (RM772,998.70) setahun ($16,542 (RM64,417.86) sebulan, $544 (RM2,118.44) sehari). Dia juga gemarkan kasut dan menyimpannya dalam kotak lutsinar bagi memudahkan dia mencarinya.

Gaji bulanan minimum di UK ialah $1,569 (RM6,110).

#7 Emmanuel Macron, Presiden Perancis – $211,500 (RM823,623.30) setahun.

Kredit foto: EU2017EE Estonian Presidency – Tallinn Digital Summit/Wikipedia

Gaji presiden termuda di Perancis ini ialah sebanyak $211,500 (RM823,623.30) setahun ($17,628 (RM68,646.96) sebulan, $580 (RM2,258.64) sehari). Sebelum menceburi bidang politik, Macron sangat berjaya dalam industri perbankan. Dia turut menerima nama gelaran Mozart Industri Kewangan dan wang komisennya dianggarkan sebanyak $1 juta (RM3.98 juta) setahun.

Gaji bulanan minimum di Perancis ialah sebanyak $1,758 (RM6,846).

#8 Jimmy Morales, Presiden Guatemala – $232,000 (RM903,454.40) setahun.

Kredit foto: Presidencia de la República Mexicana/Wikimedia

Seorang bekas pelawak dan pelakon, Morales merupakan presiden di benua Amerika Latin yang mendapat gaji paling tinggi sebanyak $232,000 (RM903,454.40) setahun ($19,300 (RM75,158.06) sebulan dan $634 (RM2,468.92) sehari). Selepas menjadi seorang presiden, dia telah memenuhi janji semasa kempennya dan memberikan 60% daripada gajinya kepada badan kebajikan.

Gaji minimum bulanan di Guatemala ialah $200 (RM778.84).

#9 Angela Merkel, Canselor Jerman – $263,000 (RM1,024,174.60) setahun.

Kredit foto: Armin Linnartz/Wikipedia

Angela Merkel memperoleh gaji sebanyak $236,000 (RM1,024,174.60) setahun ($22,000 (RM85,672.40) sebulan dan $720 (RM2,803.82) sehari). Dia telah menolak untuk tinggal di rumah pentadbiran dan memilih untuk menetap di sebuah kediaman dalam bangunan lima tingkat di Berlin.

Gaji minimum bulanan di Jerman ialah $1,780 (RM6,931.68).

#10 Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada – $267,415 (RM1,041,367.49) setahun.

Kredit foto: Women Deliver – Women Deliver 2019 Conference Location Announcement/Wikimedia

Gaji Trudeau ialah sebanyak $267,415 (RM1,041,367.49) setahun ($22,285 (RM86,782.25) sebulan dan $733 (RM2,854.45) sehari). Pada tahun ini, dia telah melancong ke Bahamas yang ditanggung sepenuhnya oleh rakan jutawannya, Prince Karim Aga Khan. Ini telah mencetuskan skandal politik dan sangkaan bahawa rakannya itu telah terlibat dalam situasi politik negara itu. Trudeau telah memohon maaf dan berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Gaji bulanan minimum di Kanada bergantung kepada undang-undang wilayah masing-masing tetapi dalam purata $1,400 (RM5,451.88).

#11 Malcolm Turnbull, Perdana Menteri Australia – $403,745 (RM1,572,263.78) setahun.

Kredit foto: DoD photo by U.S. Army Sgt. First Class Clydell Kinchen/Wikimedia

Malcolm Turnbull memperoleh sebanyak $403,745 (RM1,572,263.78) setahun ($33,645 (RM131,020.36)) sebulan, $1,106 (RM4,306.99) sehari). Tidak seperti Donald Trump, Turnbull tidak menolak gaji sebagai pemimpin negara walaupun dia merupakan seorang jutawan. Sebelum menceburi bidang politik, Turnbull terlibat dalam industri perbankan dan perniagaan.

Gaji bulanan minimum di Australia ialah $1,900 (RM7,398.98).

#12 Doris Leuthard, Presiden Konfederasi Swiss – $437,000 (RM1,701,765.40) setahun.

Kredit foto: Bundeskanzlei/Wikipedia

Jawatan sebagai Presiden di Switzerland hanyalah sebagai jawatan formal. Presiden akan dilantik daripada kalangan menteri selama tempoh satu tahun sahaja. Doris Leuthard kini memegang jawatan presiden buat tahun kedua dan memperoleh $437,000 (RM1,701,765.40) setahun ($36,000 (RM140,191.20) sebulan dan $1,200 (RM4,673.04) sehari). Gaji ini sama dengan kesemua menteri di sana.

Gaji bulanan minimum di Switzerland tidak dihadkan oleh undang-undang.

#13 Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura – $2.2 juta (RM8.57 juta) setahun.

Kredit foto: Sikarin Thanachaiary for the World Economic Forum/Wikimedia

Lee Hsien Loong telah mewarisi jawatan sebagai perdana menteri daripada bapanya, Lee Kuan Yew. Oleh kerana perkembangan ekonomi Singapura yang pesat, Lee telah mewarisi jawatan itu dan meneruskan politik mendiang bapanya.

Lee mempunyai gaji yang tertinggi dalam kalangan para pemimpin dunia dengan bayaran sebanyak $2.2 juta (RM8.57 juta) setahun ($147,000 (RM572,447.40) sebulan dan $7,350 (RM28,622.37) sehari). Lee sendiri merasakan bahawa gajinya itu adil dan realistik. Negara maju itu mempunyai belanjawan sebanyak $53 juta (RM206.39 juta) setahun.

Gaji Lee lebih tinggi sebelum ini. Namun, kerana terdapat beberapa pendapat yang menentang perkara itu, nilainya telah dikurangkan. Walaubagaimanapun, ianya masih lebih tinggi daripada pemimpin Kanada, Austria, Switzerland dan Belgium.

Gaji bulanan minimum di Singapura tidak dilindungi oleh undang-undang namun ianya dalam anggaran $1,000 (RM3,894.20) sebulan.

Jadi apakah pendapat anda? Bagaimana pula di Malaysia? Adakah anda merasakan bahawa pemimpin dibayar secara adil?

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds