KUALA LUMPUR – Individu yang didapati bersalah dalam menyebarkan berita palsu bakal dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali, kata Ketua Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Dr Mazlan Ismail.

MCMC

Pada ketika ini, hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana jika sabit kesalahan, individu boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Namun begitu, Mazlan berpendapat hukuman sedia ada adalah tidak mencukupi dan perlu dipinda bagi menangani penyebaran maklumat yang boleh menjurus kepada fitnah serta memporak-perandakan negara.

“Bagi pandangan peribadi saya, denda RM50,000 ini masih kecil dan tidak menggerunkan penyebar berita palsu. Jumlah itu sewajarnya dinaikkan kepada RM500,000”.

TV14.my

Tambahnya lagi, “Begitu juga penjara setahun dinaikkan sehingga sembilan kali ganda, misalnya kepada 10 tahun. Ini tidak lain sebagai pengajaran supaya masyarakat kita tidak sewenang-wenangnya menyebar berita tidak benar”.

Jelas Mazlan yang juga bekas calon Barisan Nasional Permatang Pauh, pelaksanaan hukuman yang ringan menyebabkan penyebar berita palsu tidak gentar untuk mengulangi kesalahan yang sama. Oleh itu, langkah meningkatkan jumlah denda dan tempoh penjara adalah sebagai salah satu usaha untuk membanteras jenayah siber itu.

“Sudah sampai masanya, kita menggunakan akta khusus untuk menyekat berita palsu, apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari ketika ini,” ujar beliau kepada Berita Harian.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang berkenaan dikatakan tidak akan menyekat atau menggugat hak dan kebebasan bersuara selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

The Malay Mail Online

“Namun, benda atau nilai buruk yang perlu dielak, ada baiknya kita elak. Ini bukan main lagi, menulis sehingga mengancam perpaduan dan sanggup berbohong demi kepentingan sendiri sehingga terlupa ia menggugat dan menganiaya pihak lain”.

“Contohnya, ada kes orang masih hidup tapi berita kematiannya sudah tersebar luas di media sosial. Bayangkan apa perasaan pihak yang teraniaya. Justeru, jangan terlalu ghairah menyebar berita tidak benar, diragui kesahihannya”.

Media sosial atau media konvensional dan penyiaran yang didapati bersalah dalam penyebaran berita palsu turut tidak terkecuali dalam pelaksanaan undang-undang dan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

“Syarikat penerbitan atau pengamal media tidak akan dikenakan tindakan sewenang-wenangnya jika mereka mengamalkan etika kewartawanan dan tidak melanggar undang-undang”.

Ujar Datuk Dr Mazlan lagi, “Media sewajarnya menggunakan pengaruhnya ke arah kebaikan dan bukan mengikut jejak segelintir pemain media sosial yang sewenang-wenangnya menyebarkan berita tidak berasas”.

Sumber: The Malaysian InsightMalaysiaKini

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds