Sekumpulan kawan-kawan dan penunggang basikal amatur menyangka mereka sedang menikmati percutian selama seminggu dengan menunggang basikal di Afrika Selatan, tetapi seekor burung ‘tidak boleh terbang’ yang berada di kawasan sekitar nampaknya mempunyai rancangan lain.

Oleksiy Mishchenko dan kawan-kawannya sedang berlatih di Cape of Good Hope kerana mereka bersedia untuk menakluk Cape Argus Bicycle Tour. Hanya bertemankan landskap sepanjang latihan tersebut, Mishchenko melihat sesuatu yang luar biasa dari sudut matanya. Sepasang burung unta sedang berkeliaran di seberang jalan apabila tiba-tiba mereka terdengar bunyi bising yang tidak begitu baik.

Mishchenko dan kawan-kawannya sedang menunggang basikal di sepanjang jalan itu ketika salah satu burung unta memutuskan untuk mengekori mereka dalam perjalanan tersebut.

Kredit foto: Youtube | Oleksiy

Burung besar itu mengejar lelaki-lelaki tersebut dan nampaknya mereka berusaha sebaik mungkin untuk mengalahkannya, tetapi usaha mereka kelihatan sia-sia. Burung unta itu berlari terlalu laju!

Kredit foto: Youtube | Oleksiy

Mengapa burung unta melintas jalan? Adakah ia memang sudah berniat untuk mengejar beberapa penunggang basikal yang tidak bersalah itu?

Saya fikir saya perlu mencari burung unta untuk membantu memotivasi saya supaya lebih rajin pergi ke gim. Mungkin dengan adanya burung unta di belakang, mahu tidak mahu saya terpaksa berlari dengan pantas!

Mari lihat video di bawah ini dan pastikan anda kongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain supaya semua orang dapat ketawa bersama!

Sumber: VIRALNOVA

Era Baru

Share
Kategori: HIBURAN Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds