Kereta mahal perbelanjaan penyelenggaraan juga mahal. Tidak hanya itu kos untuk melakukan pengubahsuaian kereta juga agak tinggi terutama bagi anda yang suka mengubah suai kenderaan.

Antara perkara yang sering menjadi tumpuan penggemar kereta ialah warna kereta itu sendiri kerana ramai pemilik kenderaan yang suka untuk mengubah warna kenderaan selepas beberapa bulan atau tahun menggunakan warna tersebut.

Bagi yang tidak tahu, kini terdapat satu cara untuk mengubah warna kenderaan sepenuhnya dan apa yang menariknya kerja-kerja ini tidak memerlukan kepakaran dalam mengecat kereta.

Dengan produk yang dikenali sebagai cat kereta peelable semuanya menjadi mudah. Anda hanya mengecat atau menanggalkan warna kereta anda dengan mana-mana warna yang anda mahu.

Cat kereta yang mudah dicabut atau dikupas membolehkan anda menukar warna kereta anda pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Produk ini dijual oleh Dip Your Car dan cat kereta jenis ini didatangi dalam pelbagai warna.

Proses penukaran warna kereta juga dikatakan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Anda hanya perlu menyemburkannya di atas cat yang ada pada kenderaan anda.

Jika anda bosan dengan warna kereta anda, anda cuma cabutkannya sahaja dan gantikan dengan semburan cat baru.

Nampak seperti warna asal kereta…

Semburan itu bukan sahaja baik untuk luaran kereta anda, ia juga boleh digunakan pada tayar. Hal ini pasti dapat menjimatkan banyak wang!

Cat kereta ‘peelable’ ini hanya digunakan di atas cat sedia ada pada kereta anda.

Ia juga boleh digunakan pada tayar.


Dan terbukti tahan daripada sebarang keadaan atau cuaca semasa pemanduan.

Kemasan cat juga dijamin kukuh dan tahan lama. Cat ini juga dikatakan tahan dalam keadaan atau cuaca apa sekalipun.

Kereta juga mudah dijaga, mudah dicuci dan apa yang paling penting ianya boleh tahan selama bertahun-tahun. Buat peminat kereta, ini peluang keemasan anda!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds