Setiap daripada kita pasti ada tabiat yang sering dilakukan setiap hari. Kita juga tidak sedar atau mungkin tidak tahu bahawa ada antara ‘habit’ (tabiat) tersebut sebenarnya tidak baik untuk dilakukan. Contohnya, minum kopi pada setiap pagi. Perbuatan itu sememangnya normal, tetapi berapa ramai antara kita yang tahu bahawa kopi boleh menjadi mudarat kepada tubuh jika diminum ketika perut kosong?

Berikut adalah beberapa ‘habit’ yang biasa dilakukan dan ianya perlu diubah. Mengapa? Ini dia sebab-sebabnya…

9. Jangan letakkan kaki anda di papan pemuka (dashboard)

© depositphotos   © depositphotos

Pasti ramai yang suka duduk dalam keadaan seperti ini. Namun, realitinya kedudukan ini sangat berbahaya kerana jika anda duduk dalam keadaan ini anda mungkin sukar untuk peka ketika kereta membrek.  Bayangkan jika kereta membrek secara tiba-tiba dan anda tidak sempat untuk menurunkan kaki, bukankah kaki anda akan ‘menghentam’ muka anda?

Perlanggaran rahang dan lutut anda boleh menyebabkan tulang anda patah dan ia akan mengakibatkan tempoh pemulihan yang sangat panjang dan sukar.

8. Jangan letakkan tuala basah pada penyangkut dan jangan biarkan tirai mandi hanya pada satu sisi

© depositphotos   © depositphotos

Ramai yang suka mengambil jalan mudah dengan membiarkan tuala mandi lembap mereka ‘tersadai’ pada penyangkut dan tidak ketinggalan ramai juga yang suka membiarkan tirai mandi mereka dibuka.

Malangnya, tabiat ini adalah sesuatu yang harus dielakkan. Mengapa? Hal ini kerana perkara tersebut boleh membuatkan bakteria mudah berkembang dalam lipatan tuala lembap dan tirai bilik mandi yang basah terkena air.

7. Jangan minum kopi ketika perut kosong

© depositphotos   © depositphotos

Ramai antara kita memulakan hari kita dengan secawan kopi setiap pagi. Tetapi masalah mula timbul apabila kebanyakan kita minum secawan kopi ketika perut kosong.

Walaupun kopi mempunyai manfaatnya, ia juga mempunyai beberapa keburukan. Salah satunya ialah jika anda minum kopi ketika perut kosong, ia boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati dan pencernaan.

6. Jangan makan bertih jagung (popcorn)

© depositphotos

Makan bertih jagung sambil menonton filem di panggung wayang adalah kebiasaan yang sukar dielakkan. Tetapi berama ramai antara kita yang sedar bahawa tabiat tersebut adalah tabiat tidak elok yang harus diubah?

Doktor gigi mengatakan bahawa bertih jagung boleh merosakkan gigi. Zarah popcorn yang kecil boleh tersekat di antara gigi anda dan sangat sukar untuk disingkirkan, walaupun ketika gigi anda diberus.

Popcorn juga mengandungi lemak yang tinggi, terutama bertih jagung yang dijual di panggung wayang. Jadi, tidak salah untuk menonton filem kegeramaran anda walaupun tanpa bertih jagung!

5. Jangan tinggalkan air botol di dalam kereta

© depositphotos

Letak sebotol air dalam kereta, kedengarannya seperti tiada apa yang tidak kena. Normallah jika anda yang meletakkan air botol dalam kereta- buat hilang haus atau mugnkin untuk kecemasan. Namun begitu, hakikatnya perbuatan ini adalah sesuatu yang bahaya dilakukan terutamanya ketika musim paans.

Air botol dikatakan boleh bertindak sebagai lensa dan jika cahaya matahari mencapainya, terutama jika botol itu berada di permukaan gelap, ia boleh terbakar. Walaupun ianya hanya kebakaran kecil tetapi ianya tetap berbahaya.

4. Jangan picit jerawat

© depositphotos

Jerawat mula muncul apabila liang tersumbat dengan minyak yang berlebihan. Jika badan sihat, badan akan menghantar sel darah putih untuk melawan bakteria berbahaya dan perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi merah.

Apabila anda picit jerawat, bahagian liang akan menjadi rosak. Akibatnya, kulit menjadi lebih mudah terdedah kepada bakteria. Selain itu, luka tersebut juga boleh dijangkiti kuman jika anda memicit jerawat dengan tangan yang kotor.

3. Jangan mengambil semua gambar menggunakan telefon bimbit

© depositphotos   © depositphotos

Nasihat ini mungkin agak aneh kerana kita sering menggunakan telefon untuk menagmbil semua gambar yang kita mahu. Walau bagaimanapun, hasil kajian Linda Henkel dari Universiti Fairfield telah membuktikan bahawa ketika anda cuba untuk menangkap segala-galanya pada kamera anda, anda sebenarnya terlepas banyak butiran penting.

Masalahnya ialah apabila anda mengambil foto, perhatian anda tertumpu pada foto itu sendiri dan bukannya apa yang anda rakam. Akibatnya, anda akan mempunyai foto atau video yang cantik dn menarik tetapi perasaan anda terhadap gambar tersebut akan semakin pudar.

2. Jangan mengambil vitamin dengan bahan tambahan aktif  (biologically active additives)

© depositphotos

Ramai orang berfikir bahawa vitamin C boleh menjadi imun daripada dijangkiti selsema. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai diet yang seimbang, tiada gunanya untuk mengambil vitamin kerana anda sudah menerima kuantiti vitamin yang diperlukan daripada makanan anda. Vitamin tambahan hanya disyorkan kepada mereka yang mengalami kekurangan vitamin.

Jadi, biologically active additives (BAA) hanya digunakan sebagai sumber bahan aktif jika badan anda kurang bahan tersebut. Tetapi anda harus faham bahawa  BAA bukan ubat. Oleh itu, BAA tidak dapat merawat penyakit anda jika anda sakit.

1. Jangan letakkan telefon bimbit yang sedang dicas di bawah bantal

© Necromant1k / pikabu

Meletakkan telefon anda yang sedang dicas di bawah bantal boleh mengakibatkan kebakaran kerana pengecas telefon boleh menjadi panas.

Walaupun telefon bimbit mungkin masih baru tetapi masih ada telefon bimbit yang mempunyai bateri yang boleh meningkatkan suhu telefon.

Perkara ini sebenarnya boleh menyebabkan kebakaran berlaku jadi jangan biarkan telefon bimbit anda yang sedang dicas dibiarkan di bawah bantal!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds