Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung sama ada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.

Apakah batu karang hempedu?

Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur.

Doktor India ini telah mencatatkan rekod dunia baru dengan mengeluarkan 11,950 batu karang daripada seorang pesakit.

Jumlah batu karang yang berjaya dikeluarkan daripada pesakit tersebut

Dr. Makhan Lala Saha yang merupakan endosurgeon gastrointestinal telah berjaya mengeluarkan sebilangan besar batu karang daripada pundi hempedu Minati Mondal, 51, melalui pembedahan. Dia telah mengeluarkan 11,950 batu karang daripada pundi hempedu pesakitnya.

Minati Mondal menderita sakit perut kronik dan refluks asid selama hampir dua bulan, dan dimasukkan ke Hospital Debdoot Sevayan di Kolkata, Bengal Barat di timur India.

Selepas satu siri ujian dan ultrasound, kakitangan perubatan mendapati bahawa Mondal mengalami penyakit batu karang hempedu. Dr Saha, mengeluarkan batu karang itu dalam pembedahan laparoskopi yang mengambil masa sejam, beliau memang menjangkakan sejumlah besar batu karang di dalam pudi hempedu pesakitnya itu tetapi masih terkejut kerana jumlahnya melepasi 5,000.

Dr Saha, mengeluarkan batu karang itu dalam pembedahan laparoskopi yang mengambil masa selama sejam.

Beliau berkata “Saya terkejut apabila melihat banyak batu karang yang kita dihasilkan daripada pundi hempedu pesakit ini. Saya tidak pernah menyangka bahawa pundi hempedu boleh mengandungi batu karang sebanyak itu. ”

“Ia mengambil masa empat jam oleh pembantu saya untuk mengira bilangan batu karang yang berukuran antara 2 mm dan 5 mm. Kami mengambil masa 50 minit untuk mengeluarkannya. ”

Beliau telah menulis kepada Kolej Patologi Diraja di London untuk menyimpan spesimen di muzium itu. Jumlah batu karang yang keluar daripada Mondal dianggap sebagai rekod dunia baru.

Dr Saha berkata: “Dua bulan yang lalu, saya telah mengendalikan seorang pesakit perempuan yang mempunyai 1110 batu karang tetapi walaupun jumlahnya yang mengejutkan, saya dapati bahawa pada tahun 1983, doktor di Britain telah mengeluarkan 3,110 batu karang daripada pundi hempedu pesakit yang berasal dari Jerman.”

Minati Mondal mempunyai 11,950 batu karang di dalam pundi hempedunya

Mondal dibenarkan keluar daripada hospital dan kini sedang beransur pulih.

Era Baru

 

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds