Pernahkah anda mengajar haiwan kesayangan anda apa-apa helah atau muslihat? Anda mungkin mempunyai anjing atau kucing terlatih, tetapi bagaimana pula dengan hamster? Seekor hamster yang comel telah berjaya diajar oleh tuannya untuk membuat bentuk hati dengan menggunakan biji benih bunga matahari. Anda fikir ia gurauan? Tidak, ini bukan gurauan, mari lihat sendiri.

Bukankah lebih menarik dan romantik sekiranya haiwan peliharaan anda tahu membuat bentuk hati sempena Hari Valentine? Walaupun kita tahu anjing dan kucing mampu mempelajari satu atau dua silap mata, adakah anda pernah melihat tikus yang pintar seperti ini?

Hamster kecil yang sibuk membuat bentuk hati ini adalah sangat comel, tetapi anda mungkin masih mahu melihat video klip sebenar untuk mengetahui bagaimana ia melakukannya sendiri. Agak-agaknya, bagaimanakah pemilik hamster ini melatihnya?

Ramai orang yang menonton video itu bertanya bagaimana mereka juga boleh mengajar hamster mereka untuk membuat bentuk hati. Hamster ini bukan sahaja berjaya membuat bentuk hati, tetapi nampaknya ia telah “melukis” anak panah Cupid juga!

“Wah, ini benar-benar hebat” tulis seorang pengguna. Namun masih ada lagi orang yang mahu mengetahui rahsia disebalik kepintaran hamster ini.

Ada juga netizen yang memuji hamster ini dan memberitahu pemiliknya, “Hamster anda sangat berbakat.” Seorang pengguna lain menulis, “Hamster anda pasti banyak mewarisi sifat-sifat anda.”

Sebenarnya, ada rahsia yang mudah dipelajari yang mana pemilik hamster boleh menggunakan tikus kecil mereka sendiri untuk “membuat” karya seni juga.

Lihat lagi di bawah untuk mencari jawapannya. Ia sangat mudah!

Ingin tahu rahsia itu? Mula-mula, pemilik hamster membuat hati dan anak panah dengan menggunakan biji benih bunga matahari. “Kemahiran” hamster adalah untuk makan setiap biji benih tersebut satu demi satu. Pemiliknya merakam video sambil hamsternya memakan biji itu dan kemudian menterbalikkan video itu. Mudah bukan?

Lihat video di bawah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds