Adalah menjadi perkara normal untuk kita meletakkan beg pada mesin imbasan bagi tujuan keselamatan. Semua penumpang diwajibkan untuk melakukan perkara tersebut bagi memastikan tiada sebarang senjata mahupun bahan terlarang dibawa ke dalam pesawat.

Namun, melepaskan beg tangannya untuk imbasan yang hanya mengambil masa beberapa detik adalah satu perkara yang sungguh mencemaskan bagi diri wanita ini.

Kredit foto: Sohu

Wanita ini nampaknya benar-benar tidak mampu berpisah dengan beg tangannya. Tetapi, persoalan terbesar di sini adalah, apakah yang begitu berharga di dalam beg tersebut sehingga membuatkan wanita ini sanggup memasuki mesin pengimbas bersama-sama dengan beg tangannya?

Pada awalnya, dia telah meletakkan bagasi ke atas mesin pengimbas untuk menjalani prosedur biasa itu. Akan tetapi, sebaik sahaja pekerja keselamatan meminta agar dia meletakkan beg tangannya untuk diimbas, wajahnya terus berubah.

Kredit foto: Sohu

Menurut laporan daripada Sina, wanita tersebut secara tiba-tiba memanjat lalu memasuki mesin pengimbas berkenaan semata-mata kerana tidak mahu melepaskan beg tersebut. Selesai sahaja menjalani prosedur berkenaan, wanita tersebut terus bergegas keluar meninggalkan kawasan tersebut.

Namun, perbuatannya memasuki mesin berkenaan membuatkan para pekerja terkedu setelah melihat hasil gambar imbasan. Penyebaran gambar imbasan tersebut membuatkan orang ramai menyangka wanita ini sedang menyimpan wang tunai yang banyak untuk diberikan kepada saudara-mara sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma.

Kredit foto: Sohu

Mungkin itulah sebabnya wanita ini begitu takut untuk melepaskan beg tangannya. Namun, kandungan sebenar barangan di dalam beg wanita tersebut masih tidak dapat dikenal pasti.

Sementara itu, pihak Stesen Keretapi Dongguan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menasihati orang awam agar tidak meniru perbuatan itu kerana jumlah radiasi pada mesin pengimbas ini boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Tonton video di bawah:

Sumber: News 163

Share
Kategori: Aneh Asia VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds