Haiwan dibungkus untuk dipos menggunakan pos laju? Tidakkah kejam perbuatan tersebut? Bayangkan anda yang ada di situ, menemui seekor anak harimau kecil yang kepenatan atau mungkin kelemasan kerana dibungkus dalam plastik, pasti akan buat siapa pun marah dan berasa kasihan.

Baru-baru ini polis Mexico telah menemui seekor anak harimau Bengal yang berusia dua bulan dan dikatakan telah dibungkus dalam plastik barang berwarna biru untuk penghantaran laju. Perkara itu terbongkar setelah anjing pengesan menghidu sesuatu yang mencurigakan dari dalam bungkusan tersebut.

Menurut sumber, seorang individu dikatakan telah cuba untuk menghantar anak harimau itu dari negara barat Jalisco kepada sebuah alamat yang terletak di tengah negeri Queretaro.

Anak harimau tersebut ditemui dalam keadaan dehidrasi tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan lain dan telah diserahkan ke pusat pengurusan haiwan dan kes itu kini sedang disiasat.

Menurut satu lagi sumber, polis Mexico juga telah menyiarkan gambar comel anak harimau itu di laman Facebook rasmi mereka dan status tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyatakan rasa simpati terhadap apa yang menimpa anak harimau tersebut.

Sumber: Dailymail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh

Video Popular

Ad will display in 09 seconds