Jika kita mendengar watak cosplay, kita terus terbayangkan ada sesi konvensyen berkenaan adiwira, komik, permainan video dan sesi bergambar dijalankan. Tapi ada juga kumpulan cosplay bertujuan untuk membuat kerja amal terutamanya objektif mereka adalah menziarahi pesakit dengan memakai kostum adiwira untuk memberikan mereka semangat untuk sembuh.

Baru-baru ini tular tentang kisah seorang pemakai kostum Deadpool (watak popular karekter Marvel) menziarahi seorang kanak-kanak yang tenat akibat menghidap penyakit kanser otak.

Sumber: Painkiller Cosplay/Facebook

Lawatan yang memberi kesan yang sangat mendalam terhadap cosplayer ini.

Beliau menceritakan kisahnya bahawa dia menerima panggilan daripada anggota kumpulan amal Cosplayer Care menyatakan ada permintaan daripada keluarga pesakit.

Keluarga pesakit itu menceritakan bahawa Tony seorang kanak-kanak berusia 11 tahun amat meminati watak Spiderman dan Deadpool telah menghidap penyakit kanser otak di mana keadaannya menjadi semakin tenat sehingga doktor menjangkakan hayatnya mungkin tidak panjang lagi.

Tanpa berfikir panjang beliau memutuskan untuk menziarahi pesakit kanak-kanak itu keseorangan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan oleh kumpulan amal Cosplayer Care.

Walaupun masa tidak mencukupi bagi dia di mana waktu itu dia sedang bekerja pada syif malam dan mengambil masa untuk tiba di kawasan pangsapuri keluarga itu pada keesokan paginya.

Sumber: Painkiller Cosplay/Facebook

Beliau melawat Tony keseorangan tanpa ditemani oleh rakan sekumpulannya Cosplayer Care.

Setelah tiba di kawasan pangsapuri keluarga Tony, beliau bergegas berjumpa dengan jururawat yang menjaganya. Merka mengatakan bahawa mereka tidak mampu memberi sebarang bayaran kerana kesemuanya telah dibelanjakan atas keperluan Tony.

Tony dalam keadaan tidak bermaya dan sangat tenat. Sewaktu dilawat, Tony memakai salur pernafasan dan juga salur tiub pemakanan.

Sumber: Painkiller Cosplay/Facebook

Tony membuka matanya melihat watak kegemaranya itu untuk kali terakhir.

Pada hanya seketika, Tony membuka matanya dalam keadaan lemah  melihat watak kegemarannya berada di depan matanya.

Beliau terus memeluk Tony dengan erat dan memberitahu Tony “awak adalah seorang yang sangat kuat mampu menempuh kesakitan ini.” Selepas itu Tony menutup matanya dan beliau tahu bahawa itu adalah kali pertama dan terakhir bagi dia untuk melihat Tony.

Sumber: Painkiller Cosplay/Facebook

Dengan kata-katanya terakhir terhadap Tony sambil melepaskannya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds