Masalah kulit muka boleh terbahagi kepada beberapa jenis seperti berjerawat, kulit muka berminyak, mempunyai kesan parut yang sukar dihilangkan, tona tidak sekata dan sebagainya. Masalah ini pasti akan dihadapi oleh semua individu tanpa mengira jantina atau umur.

Kulit muka yang bermasalah juga boleh mengakibatkan kita kurang keyakinan diri memandangkan muka adalah aset yang melambangkan identiti kita dan perkara pertama yang dilihat oleh individu lain.

Sementara ramai yang mengalami masalah kulit muka akan mencari jalan penyelesaian dengan berjumpa pakar atau mengambil produk-produk tertentu, seorang netizen yang dikenali sebagai Lina Shaari telah kongsikan kaedah merawat masalah kulit berjerawat dan menghilangkan kesan parut di Facebook.

Kredit: Dayre

 

Hasil perkongsian tersebut menjadi bualan hangat netizen dan sehingga kini, entri tersebut telah mencapai sehingga lebih 17,000 kali perkongsian!

Tanpa membuang masa lagi, mari kita ketahui apakah produk-produk rahsia yang digunakan oleh Lina dan didakwa berkesan untuk menangani masalah kulit muka.

#1 Pencuci muka

Lina Shaari

Antara produk yang dicadangkan Lina adalah produk pencuci muka Cetaphil, Az Clear Action dan juga Aiken Tea Tree Oil

#2 Menghilangkan jerawat

Kredit: Lina Shaari

Bagi tujuan untuk menghapuskan jerawat pada muka, Lina telah menggunakan T3 Mycin, Drying Lotion Marion Badescu, Topicil dan juga Aiken Tea Tree.

#3 Memudarkan parut

Kredit: Lina Shaari

Antara produk yang digunakan Lina adalah Mederma, Dermatix dan Virgin Coconut Oil Moss Mayra. Walau bagaimanapun, Lina mengakui masalah parut pada wajah merupakan masalah yang paling sukar untuk dirawat. Namun, dengan penggunaan produk ini secara konsisten, masalah parutnya semakin memudar.

#4 Pelembap wajah

Kredit: Lina Shaari

Sebagai pelembap wajah, Lina menggunakan Cetaphil Moisturizing Lotion. Pelembap wajah adalah produk yang penting dan wajib digunakan kerana apabila kita memakai produk untuk mencegah jerawat, kulit akan menjadi kering. Untuk menangani masalah tersebut, anda perlu menggunakan pelembap.
Menurut Lina, kesemua produk yang dicadangkannya ini adalah selamat dan boleh didapati di farmasi seperti Watson, Guardian dan juga Sephora.

Walau bagaimanapun, Lina turut mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza dan mungkin produk-produk ini tidak bersesuaian dengan jenis kulit sesetengah individu.

Kredit: SirapLimau

Selain daripada kesilapan menggunakan produk kosmetik, terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan muka seseorang menjadi bermasalah.

Jika anda rasa tips yang dikongsikan oleh Lina untuk mengurangkan kulit muka bermasalah ini bermanfaat, sila kongsikannya kepada rakan-rakan anda.

Sumber: Lina Shaari

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds