Tanner Broadwell, 26, dan Nikki Walsh, 24, menjual semua yang mereka miliki di Colorado untuk membeli sebuah kapal layar untuk menjalani kehidupan di lautan dengan mengelilingi dunia, tetapi impian mereka musnah apabila kapal layar mereka tenggelam di pantai Florida.

Semuanya berjalan dengan lancar tetapi setelah mereka mula belayar bersama anjing mereka yang berusia 2 tahun bernama Remy, Broadwell menyedari kapal layarnya itu telah melanggar sesuatu di dalam air. Ia telah menyebabkan bahagian bawah botnya telah rosak akibat perlanggaran itu.

Apabila air mula masuk ke dalam kabin, Walsh menghubungi Sea Tow. Menggambarkan bagaimana perasaannya pada masa itu, Walsh berkata: “Saya hanya berdiri di sana dengan rasa sedih. Saya baru sahaja kehilangan semua yang saya ada.”

Setelah Tow Sea akhirnya tiba, kapal mereka sudah tenggelam dalam hampir 10 kaki, dan sudah terbalik. Pasangan itu, dan Remy, tidak mempunyai pilihan selain melompat ke laut. Mereka terpaksa mengeluarkan wang sebanyak $10,000 (RM40,000) untuk mengeluarkan bot keluar daripada air, tanpa wang dan tiada insurans.

Broadwell dan Welsh tidak mempunyai pengalaman berlayar, tetapi itu tidak menghalang mereka daripada membeli kapal berusia 49 tahun dari Alabama, April lepas. Mereka menamakannya ‘Lagniappe’.

Pasangan itu membeli kapal layar itu dengan harga $5,000 (RM20,000), dan membelanjakan $5,000 (RM20,000) lagi untuk mengubah suai dan membaiki kapal tersebut.

“Saya jual semua harta untuk melakukan pelayaran ini dan saya kehilangan semuanya dalam masa 20 minit.

“Saya tidak akan berputus asa sebaliknya akan membeli bot baru untuk merealisasikan impian kami. Kami tidak akan berputus asa,’’ kata Broadwell.

Tanner Broadwell dan Nikki Walsh serta anjing mereka dilaporkan selamat daripada insiden itu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds