Memang tidak dapat kita sangkal lagi bahawa idola Kpop kegilaan para remaja lazimnya menjalani pembedahan plastik.

Pembedahan yang dilakukan merupakan perkara biasa di Korea Selatan bagi mencapai standard kecantikan mereka di sana. Oleh kerana itu, kebanyakan golongan wanita dan lelaki sanggup menjalani pembedahan plastik.

Ia bukan sahaja melibatkan orang awam. Sudah tentunya golongan selebriti menjadi pelanggan setia hospital dan klinik kecantikan bagi memenuhi kehendak mereka untuk menjadi sempurna.

Namun, bukan semua selebriti yang menjalani pembedahan plastik. Ada segelintir yang sememangnya dilahirkan menawan secara semula jadi. Cuba anda lihat senarai di bawah :

#1 Song Hye Kyo

Pelakon wanita yang terkenal di Korea Selatan ini memang cantik daripada dahulu lagi.

Walaupun beliau semakin meningkat usia, wajahnya masih lagi kelihatan segar dan remaja. Gambar ini menunjukkan gambar Song Hye Kyo dahulu dan sekarang. Masih sama bukan?

#2 Taemin (SHINee)

Beliau merupakan penari dan penyanyi berbakat daripada kumpulan SHINee. Lihatlah wajahnya daripada dahulu. Tiada perbezaan bukan? Masih kekal comel.

#3 Song Joong Ki

Suami kepada Song Hye Kyo ini juga dikenali dengan wajah yang cukup jambu dan tampan.

Wajahnya yang seperti tidak mengalami proses penuaan, mengagumkan ramai peminat. Sungguhpun begitu, ada juga desas desus yang mengatakan beliau menjalani pembedahan plastik, tetapi ia dinafikan.

#4 Choi Si Won (Super Junior)

Siapa tidak kenal jejaka kacak daripada kumpulan Super Junior ini? Walaupun umurnya sudah mencapai angka 30-an, namun wajahnya masih lagi kelihatan sama seperti saat pertama kumpulan Super Junior muncul di khalayak ramai.

#5 Sandara Park (2ne1)

Beliau dikenali dengan nama Dara, merupakan penyanyi, penari, pelakon, peragawati dan pengacara. Selain daripada itu, beliau merupakan salah seorang daripada beberapa bintang Korea yang sangat berpengaruh di Filipina. Sudahlah cantik, memiliki pelbagai bakat pula.

#6 Park Shin Hye

Beliau merupakan salah seorang daripada pelakon wanita popular di Korea Selatan, dan masih lagi membintangi beberapa drama. Siri “Stairway to Heaven” merupakan drama yang mengangkat namanya di persada seni.

#7 Im Yoon-ah (Girls Generation)

Dikenali dengan nama Yoona. Lihatlah wajahnya yang polos… Beliau sememangnya cantik secara semula jadi tanpa pembedahan plastik.

Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa gambarnya sejak kecil yang masih sama hingga kini. Cuba anda nilaikan.

#8 Kim Tae Hee

Isteri kepada Rain ini memang menawan sejak mula berlakon lagi. Beliau sangat popular menerusi dramanya seperti IRIS, Love Story in Harvard dan My Princess. Wajahnya seperti tidak dimamah usia.

#9 Jang Na Ra

Jang Na-ra adalah penyanyi dan pelakon Korea Selatan yang aktif dalam industri hiburan Korea Selatan dan China. Dia terkenal dengan lagu hitnya Sweet Dream.

#10 Song Ji Hyo

Cheon Seong-im lebih dikenali dengan nama Song Ji-hyo, adalah seorang pelakon dan model Korea Selatan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds