Rakaman dramatik menunjukkan sekumpulan renjer hutan yang cuba mengambil bangkai anak gajah, tiba-tiba mereka terpaksa lari menyelamatkan diri apabila ibu gajah tersebut mengejar mereka.

Insiden itu berlaku berhampiran Rizab Nilgiris di India Selatan. Pasukan renjer hutan yang diiringi oleh seorang doktor haiwan ingin mengambil bangkai mamalia tersebut dan membawanya keluar untuk dibedah siasat.

Sebaik sahaja mereka mendekati bangkai tersebut, ibu gajah yang menjaga bangkai anaknya, muncul daripada semak berhampiran dan mengejar mereka.

Pasukan itu cuba untuk mengahalau ibu gajah tersebut, namun ia menjadi semakin marah.

“Anak gajah itu berusia kira-kira satu setengah tahun dan mungkin telah meninggal dunia pada pagi Rabu lepas. Ia ditemui di tanah milik Nelson Estates berhampiran kawasan hutan rizab di Bokkapuram,” kata pegawai renjer hutan Kanthan.

Kami tidak dapat menentukan jantina anak gajah tersebut kerana dua ekor gajah betina menjaga bangkai tersebut sejak pagi, “katanya.

“Apabila kami cuba untuk menghampiri bangkai berkenaan, ibu gajah itu mengejar kami sejauh kira-kira 500 meter,” tambahnya.

Pasukan itu berjaya tenangkan seekor daripada gajah betina tersebut, namun tiba-tiba datang seekor lagi gajah betina mengejar mereka yang membuatkan mereka berlari menyelamatkan diri.

Pasukan renjer hutan terpaksa membatalkan rancangan itu kerana dua ekor gajah dilihat menjaga bangkai anak gajah tersebut.

Walaupun ibu gajah tesebut telah meninggalkan tempat itu pada waktu petang, dua ekor gajah lain dilihat kekal berada berhampiran bangkai itu dalam keadaan gelisah, kata Kanthan.

‘Kami telah menunda post-mortem ini. Gajah-gajah itu mungkin akan meninggalkan tempat itu apabila bangkai itu mula berbau, “katanya.

Tonton video tersebut di bawah:

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds