PETALING JAYA – Pada Selasa (13 Februari) jam 12 tengah hari, berlaku satu kebakaran besar melibatkan bahagian depan bangunan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing.

Kredit: New Straits Times

Video kebakaran yang menular di laman sosial Facebook itu dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan setinggi enam tingkat tersebut.

Kredit: Suara TV

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid, pembinaan bangunan KWSP tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan telah melanggar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 kerana menggunakan bahan mudah terbakar iaitu pelapis ‘polyfoam’.

“Daripada kajian dan siasatan awal, dinding bangunan ini dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak diluluskan oleh mana-mana pihak.”

Kredit: Malay Mail Online

Jelas beliau lagi, kebakaran berkenaan bermula di tingkat satu sewaktu kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Bagaimanapun, kewujudan angin dan cuaca yang panas telah menyebabkan api semakin marak sekali gus menjejaskan 40% daripada keseluruhan bangunan tersebut.

Seramai 527 orang pekerja berjaya dikeluarkan dan ditempatkan di kawasan yang selamat sementara anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan nyawa dilaporkan.

Kredit: mStar

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 11.52 pagi dan tiba tujuh minit kemudian. Operasi memadam kebakaran mengambil masa kira-kira 30 minit.”

Kredit: postimg.org

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan bahawa tiada unsur jenayah yang terlibat dalam insiden kebakaran berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak Jabatan Hal Ehwal korporat KWSP mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan penutupan cawangan dan pejabat berkenaan buat sementara waktu.

Kredit: Astro Awani

Sumber: BH Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds